Siasatan Polis Pelbagai Sudut Tangani Krisis Di Negeri Sembilan

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

KUALA LUMPUR, 24 Sep – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis memberi tumpuan kepada usaha mencegah sebarang kejadian keganasan serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara susulan krisis pentadbiran dan institusi diraja di Negeri Sembilan ketika ini.

Menurut beliau, laporan polis yang diterima akan diteliti bagi menyiasat sebarang aspek mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Polis sudah mengambil langkah keselamatan pencegahan bagi memastikan tiada perhimpunan yang boleh membawa kepada pertembungan.

Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong dikawal ketat polis pada 23 September 2026.

“Mereka melihat dari setiap sudut,” katanya ringkas.

Justeru, semua pihak diminta mematuhi peraturan sekiranya sebarang perhimpunan awam hendak diadakan bagi mengelak insiden tidak diingini.

Difahamkan, pihak polis menempatkan anggota di kawasan Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong semalam bagi mengawal keadaan susulan tindakan kerajaan negeri berhubung krisis yang berlaku ketika ini.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan cubaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan EXCO menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai biadab dan tidak bertamadun katanya, kenyataan itu menjelaskan sebarang cubaan untuk menyingkirkan seseorang pemerintah adalah perkara serius dalam sistem Raja Berperlembagaan Malaysia.




No comments: