Dua perkembangan politik besar berlaku hampir serentak minggu ini melibatkan PAS dan UMNO, dan memang susah orang ramai nak tengok tanpa mengangkat kening.
Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi berhubung penurunan Tuanku Muhriz pernah dibincang dan dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat Exco pada 15 September.
Tetapi perkembangan selepas itu berubah lagi apabila kerajaan negeri memaklumkan proklamasi 19 April tersebut tidak akan diwartakan atau dilaksanakan kerana dikatakan tiada asas undang-undang untuk berbuat demikian.
Dalam masa yang hampir sama di Kuala Lumpur, Najib Razak pula mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkan baki hukuman kes SRC dijalani di rumah sehingga 23 Ogos 2028, dengan syarat antaranya pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat yang ditetapkan.
Jadi dalam satu minggu, rakyat melihat dua cerita yang cukup besar.
Seorang Raja berdepan proklamasi yang cuba membawa kepada penurunan takhta.
Seorang bekas Perdana Menteri yang sedang menjalani hukuman penjara pula dibenarkan menjalani baki hukuman kes SRC di rumah.
Sebab itu istilah “penyatuan ummah” yang selama ini dimainkan dalam politik UMNO-PAS tiba-tiba mendapat konteks yang sangat berbeza apabila dua perkembangan ini diletakkan sebelah-menyebelah.
Politik Malaysia memang penuh kejutan.
Semalam bercakap soal Raja dan institusi.
Hari ini bercakap soal pengampunan dan tahanan rumah.
Yang pasti, dua-dua isu ini akan terus menguji bagaimana parti-parti politik menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang mereka maksudkan apabila bercakap tentang prinsip, undang-undang dan “penyatuan ummah”.
#ahmadmursi


No comments:
Post a Comment