DAP PUNYA PRINSIP,PAS PULA BUAT TAK TAHU, UMNO SEMBANG.

 

Ahmad Mursi




Bila Anthony Loke umum mahu letak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan selepas keputusan pengampunan bersyarat Najib, tiba-tiba satu persoalan lama muncul balik.


Kalau seorang menteri benar-benar tak setuju dengan satu keputusan besar kerajaan, apa sebenarnya pilihan yang ada?


Loke pilih jawatan dia sendiri.


DAP tidak keluar kerajaan. Menteri DAP lain pun kekal. Tapi Loke kata beliau sendiri akan berundur sebagai respons parti terhadap keputusan tersebut. 


Sebab itu orang mula teringat PAS.


Bab 22 cabutan khas judi dulu, PAS berkali-kali kata mereka bukan pihak yang bersetuju. Takiyuddin Hassan kata perkara itu tidak pernah dibawa untuk keputusan Kabinet, malah wakil PAS dikatakan membuat bantahan selepas mengetahuinya. 


Baik.


Tapi masa itu menteri PAS tetap menteri.


Tak ada seorang pun sampai tahap berkata, “Kalau ini bercanggah dengan pendirian kami, saya lepaskan jawatan.”


UMNO pula lain ceritanya.


Kebelakangan ini mereka lantang mengkritik rakan dalam kerajaan. Zahid sendiri mencabar pengkritik supaya keluarkan UMNO daripada kerajaan dan buat undi tidak percaya kalau berani. Pada masa sama, beliau kemudian menegaskan UMNO akan terus bersama kerajaan sehingga tamat penggal. 


Jadi tiga gaya berbeza sedang terpampang depan mata.


Ada yang tidak setuju lalu menawarkan jawatan.


Ada yang kata mereka bantah, tetapi terus berada dalam Kabinet.


Ada pula yang bergaduh dan mencabar orang lain supaya keluarkan mereka, tetapi sendiri masih mahu kekal.


Sekurang-kurangnya tindakan Loke hari ini memberi satu contoh yang sangat mudah difahami: kalau bantahan itu sampai menyentuh prinsip politik seseorang menteri, jawatan memang salah satu benda yang boleh diletakkan atas meja.


Bukan sekadar mikrofon.


#ahmadmursi





No comments: