JANGAN JADI JALANG

 

Aman Muhammad


PAS telah membuktikan bahawa mereka sememangnya sebuah parti politik—bukan agama yang boleh menjanjikan jalan ke syurga.






Prinsip agama tidak berubah mengikut kepentingan: hari ini berkata lain, esok berkata sebaliknya. Namun, pendirian politik boleh berubah. Dan PAS telah membuktikannya.


Perubahan pendirian politik bukan hanya berlaku dalam PAS. Ia turut berlaku kepada UMNO, PKR, AMANAH, MUDA, bahkan BERSATU.


Adakah mereka akan terus berubah-ubah? Ya, sudah tentu. Mereka ialah parti politik yang sentiasa mendambakan Putrajaya.


Dan sebenarnya, perubahan itu tidak salah—selagi dilakukan mengikut undang-undang.


Yang salah ialah apabila kepentingan politik dibungkus atas nama agama, lalu perubahan pendirian dianggap sebagai tuntutan agama.





No comments: