Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek menegaskan jangan kerana perbezaan politik, ada pihak cuba menggambarkan keputusan tahanan rumah untuk Datuk Seri Najib Razak seolah-olah keputusan Perdana Menteri atau Pakatan Harapan.
Beliau berkata, kerajaan menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan kerana kuasa pengampunan adalah wewenang baginda sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan
Namun kata beliau, menghormati keputusan ini tidak bermakna pendirian kerajaan terhadap rasuah dan salah guna kuasa berubah.
Kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada rakyat. Dalam hal ini, pendirian kita jelas.
“PKR lahir dengan keberanian melawan salah guna kuasa. Prinsip itu menuntut kita memastikan undang-undang terus berjalan tanpa mengira pangkat atau pengaruh seseorang,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

No comments:
Post a Comment