Dra Major
Pakatan Harapan (PH) Johor mengakui mereka bakal berdepan cabaran besar dalam usaha meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pengarah Komunikasi PH Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata gabungan itu sememangnya sudah menjangkakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada sidang yang dijadualkan pada 22 Jun.
Malah, beliau berkata PH menyifatkan pengumuman sidang DUN tersebut sebagai:
“tidak masuk akal sama sekali.”
Namun, PH tetap meneruskan persiapan menghadapi PRN.
“Atas semangat demokrasi, PH akan meneruskan persiapan sedia ada bagi menghadapi PRN ini.”
Susulan pengumuman pembubaran DUN oleh Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, PH Johor akan membawa perbincangan ke peringkat Majlis Presiden bagi menentukan langkah seterusnya.
Menurut Sheikh Umar:
“Bagi kami, tidak ada pilihan raya yang mudah. PH siap sedia menggembeling usaha sebaik mungkin untuk memenangi PRN kali ini.”
Terdahulu, Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pembubaran itu membuka laluan kepada PRN Johor yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Untuk rekod, PRN Johor terakhir berlangsung pada 12 Mac 2022. Kali ini, BN Johor memilih untuk bergerak solo dengan mengumumkan akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN.
#sheikhumarbagharibali #DAPMalaysia #DAPJohor #PakatanHarapan #BarisanNasional #UMNOMalaysia #PRNJohor #MBJohor #onnhafizghazi #politikmalaysia #isusemasa

No comments:
Post a Comment