MENGAPA UMNO TERLALU CEPAT BUBAR DUN JOHOR?


Che Ibrahim





Tempoh penggal Dun Johor sepatutnya berakhir pada 21hb April 2027. Selepas itu PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dun terbubar, maknanya selewat lewatnya sebelum 21 Jun 2027, kira kira kurang sedikit setahun lagi. 


Walaupun Dato' Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO kata keputusan membubar Dun Johor adalah kuasa mutlak Sultan Johor, namun ianya mustahil berlaku tanpa kehendak dalaman UMNO sendiri terutama MB Johor.


Jadi mengapa UMNO atau MB Johor memilih membubar Dun Johor terlalu awal? 


Mungkin UMNO tidak sabar untuk menguji apa yang dikatakan kebangkitan semula UMNO setelah kecundang dalam PRU 15, atau sebagai medan ujian menguji sokongan kepada UMNO setelah dipaksa berkongsi kuasa dengan PH  dan terpaksa akur berPMkan DSAI?


Kedudukan PMX dan PH dilihat sedikit goyah apabila terpaksa berhadapan dengan penentangan dalaman terutama dari kumpulan yang kecewa dari kalangan pimpinan atau bekas pimpinan PH sendiri selain serangan bertalu talu kepada Dap, terkini Rafizi dengan Bersamanya dan perletakan jawatan pimpinan di berbagai peringkat parti - satu cabaran dan ujian kepada PH dibawah kepimpinan PMX.


Di sebelah pembangkang pula, PN tak payah cerita, retak menunggu belah, bahkan mungkin bakal wujud satu penjajaran politik atau pakatan pembangkang yang baru terutama dari Pas dan gerakan RESET yang diketuai oleh Hamzah.


Situasi inilah barangkali diambil kesempatan oleh UMNO untuk membubar Dun Johor selain untuk memuktamadkan masa depan hubungan BN PH dalam Kerajaan Madani yang dianggap tidur sebantal tetapi mimpi lain lain. 


Apa pun masih ramai yang mengharapkan ada bersefahaman antara BN dan PH dalam agihan kerusi supaya tidak berlaku bertandingan sesama parti kerajaan perpaduan - napok tak comel bedoah - selain ada juga yang berkira kira Umno akan bersama Pas untuk menghalang PMX dari terus menguasai Putrajaya. 


Alik ambo sebagai pendokong PH, nak berkawan pun boleh, nak berlawan pun boleh. Politik adalah perkara ijtihadi, bukan nassi yang tidak boleh diubah ubah.



No comments: