PENAFIAN DATUK DR HJ AZHAR AHMAD “TAMPAR” MAHASISWA.
Susulan penularan sebuah video di media sosial yang mencetuskan pelbagai reaksi dan persepsi awam, Datuk Dr. Hj. Azhar Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Arr Beruas tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung dakwaan kononnya beliau telah menampar seorang pelajar semasa Program Pemerkasaan Bangsa Pemimpin Pelajar dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UiTM yang berlangsung di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU), Janda Baik pada 20 Mei 2026.
Menurut beliau, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan telah disalah tafsir daripada situasi sebenar yang berlaku. Beliau menjelaskan bahawa pertemuan tersebut berlaku dalam suasana mesra selepas sesi syarahan apabila beliau diperkenalkan kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Kelantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sahabat beliau. Tindakan menyentuh pipi pelajar berkenaan hanyalah sebagai tanda kemesraan dan bukannya satu bentuk serangan fizikal seperti yang didakwa.
Beliau turut menegaskan bahawa kejadian tersebut berlaku secara terbuka di hadapan pihak pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM, pegawai-pegawai serta peserta program yang hadir, dan tiada sebarang insiden tamparan atau kekasaran berlaku. Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran rakaman video yang tidak memaparkan keseluruhan konteks kejadian sehingga menimbulkan persepsi negatif serta mencemarkan reputasinya.
Datuk Dr. Hj. Azhar turut menyeru semua pihak agar meneliti fakta sebenar sebelum membuat sebarang kesimpulan atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Beliau juga menegaskan bahawa hak perundangannya akan digunakan terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan fitnah atau kenyataan palsu yang boleh menjejaskan nama baik serta reputasi beliau.
#umnoperak #peneranganumnoperak #datukdrazharahmad #nikkalifahmad #tamparmahasiswa


No comments:
Post a Comment