Penyokong tegar puluhan tahun dah tak mahu undi Pas




 


Seruan penyokong tegar Pas supaya pengundi Melayu memberikan sokongan kepada Pas atas alasan untuk memperkukuh kuasa politik Melayu mengundang pelbagai reaksi di platform Threads.

Pengguna itu menyebut bahawa orang Melayu memerlukan satu parti yang memegang majoriti undi Melayu supaya Pas boleh berada di Parlimen sebagai kerajaan.

Perkongsian itu mencetuskan perdebatan, termasuk daripada individu yang berasal dari Kelantan dan pernah menjadi penyokong parti itu.

Seorang pengguna, @ain_nurainiey4, berkata, salah seorang ahli keluarganya yang merupakan penyokong tegar Pas selama puluhan tahun di Kelantan tidak lagi bercadang mengundi parti itu pada PRU16.

“Abang ipar aku yang totok Pas puluhan tahun dekat Kelantan itu pun tak nak undi Pas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti. Kau rasa kenapa?

“Buat pengetahuan, kuliah masjid dekat masjid langgar pun dia tak nak pergi. Pergilah tanya orang-orang dekat situ apa yang ustaz Pas cakap hari-hari dekat masjid. Maka sebelum mengajak orang lain mengundi Pas, bersihkan hati dan mulut-mulut mereka. Jangan main sentimen kaum dan fitnah,” katanya.

Komen itu turut disokong seorang lagi rakyat Kelantan, nrhibrahim_ yang mengatakan tidak akan lagi mengundi Pas.

“Betul la tuh, aku sebagai rakyat Kelantan dah sedar, kali ni undi aku beralih arah untuk PH,” tulisnya 

Terdapat pengguna yang mengkritik penggunaan naratif kaum dan agama dalam kempen politik, sambil menyifatkan rekod pentadbiran lebih wajar dijadikan ukuran sokongan pengundi.

Isu bekalan air turut menjadi antara kritikan yang dibangkitkan secara terbuka dalam perbincangan tersebut

Rakyat meragui kemampuan pentadbiran Pas dengan merujuk kepada masalah bekalan air yang telah lama menjadi isu utama yang membelenggu penduduk.



No comments: