‘Kita Perlu Pilih Pemimpin Bijak, Tidak Sombong’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) parlimen Bakri di Pekan Bukit Bakri, Muar pada 15 Jun 2026.

MUAR, 15 Jun – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Johor memilih pemimpin yang bijak dan tidak sombong serta sealiran dengan Putrajaya bagi membolehkan suatu dasar dilaksanakan dengan mudah.

Perdana Menteri berkata, ciri kepemimpinan seumpama itu amat penting bagi membolehkan keputusan yang berani dibuat kerana Johor adalah sebahagian daripada Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) parlimen Bakri di Pekan Bukit Bakri, Muar pada 15 Jun 2026.

“Buat apa nak sombong, gaduh? Kita perlu pilih pemimpin yang bijak. Kita mahu wakil rakyat di negeri, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), EXCO yang ambil tahu masalah rakyat.

“Kita mahu ketua di negeri, macam PM (Perdana Menteri) yang menyerlah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) parlimen Bakri di Pekan Bukit Bakri, Muar pada 15 Jun 2026.

“Kawan dengan (Presiden Amerika Syarikat) Dolnald Trump…kawan dengan (Presiden China) Xi Jinping.

“Baru orang hormat kita, kita bebas merdeka, kita berkawan semua orang tapi kita jaga prinsip.

“Dia buat tak betul (di Gaza), kita cakap tak betul. Bukan cakap-cakap depan orang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) parlimen Bakri di Pekan Bukit Bakri, Muar pada 15 Jun 2026.

“Sebab itu pilihan raya ini (Pilihan Raya Negeri) penting, saya minta rakyat pilihlah kerajaan negeri yang boleh bersama dengan persekutuan.

“Kenapa sibuk pasal Johor? Sebab itu, saya kata, pimpinan di Johor ini mesti orang yang bijak dan berani, barulah dia boleh buat keputusan, jaga kepentingan Johor,” katanya ketika menyampaikan ceramah PH di Bakri di sini, malam ini.

Anwar berkata, pentingnya kerajaan Johor sealiran dengan pusat kerana memudahkan sebarang rundingan, perbincangan berkaitan dasar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) parlimen Bakri di Pekan Bukit Bakri, Muar pada 15 Jun 2026.

Katanya, Johor adalah antara negeri terkaya namun masih terdapat banyak infrastruktur yang perlu diperhatikan.

“Negeri ini, negeri kaya, petang tadi saya pergi sekolah dan dia (pengurusan) kata teruk, kantin pun dah rosak. Anak hendak makan pun tak ada tempat.

“Masalah banjir di Muar saya tolong. Berapa ratus juta saya bagi untuk projek tebatan banjir dan saya lulus untuk bantu anda.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) parlimen Bakri di Pekan Bukit Bakri, Muar pada 15 Jun 2026.

“Sekarang sudah hampir siap dan banjir sudah terkawal,” katanya.




No comments: