MASIH ADA YANG CUBA AMBIL RASUAH GAMAKNYA.




 Kementerian Kewangan (MoF) mendedahkan bahawa mereka masih mengesan pelbagai bentuk manipulasi dalam proses perolehan kerajaan walaupun kebanyakan kontrak kini dibuat melalui tender terbuka. 






Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, terdapat kes di mana spesifikasi tender disediakan terlalu khusus sehingga akhirnya hanya satu syarikat sahaja yang layak selepas penilaian teknikal dan kewangan dibuat. 


Secara atas kertas ia nampak seperti tender terbuka, tetapi realitinya persaingan sebenar menjadi sangat terhad.


MoF mengakui isu ini bukan berlaku sekali dua tetapi telah dikesan berulang kali di pelbagai agensi termasuk dalam kementerian itu sendiri. 


Pada saya, kenyataan ini menunjukkan bahawa cabaran sebenar bukan lagi sekadar memilih antara tender terbuka atau rundingan terus, tetapi bagaimana memastikan spesifikasi tender itu sendiri benar-benar adil. 


Kalau syarat tender direka untuk memihak kepada vendor tertentu, persaingan sihat tidak akan berlaku dan kerajaan mungkin terpaksa membayar lebih mahal daripada harga pasaran. 


Dengan penguatkuasaan melalui Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025, pegawai yang terlibat dalam ketidakpatuhan boleh dikenakan tindakan walaupun selepas bersara, sesuatu yang dijangka meningkatkan tahap akauntabiliti dalam pengurusan perbelanjaan awam.





No comments: