PM Anwar Ke Kazan Jumpa Putin Esok Pastikan Jaminan Bekalan Minyak

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Hi-Tea Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia Tempatan, Warga Pendidik dan Masyarakat Setempat di Medan Selera Pantai Leka, Muar pada 15 Jun 2026. Foto Shahrun

MUAR, 15 Jun – Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kazan, Rusia bermula esok akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi mendapatkan jaminan bekalan minyak dan diesel untuk Malaysia susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global ketika ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu akan dibincangkan secara langsung dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin yang dijadual menghadiri mesyuarat bersama pemimpin negara-negara ASEAN di bandar berkenaan.

Menurutnya, hubungan baik Malaysia dengan pelbagai negara perlu dimanfaatkan bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara termasuk dalam aspek keselamatan bekalan tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Hi-Tea Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia Tempatan, Warga Pendidik dan Masyarakat Setempat di Medan Selera Pantai Leka, Muar pada 15 Jun 2026. Foto Shahrun

“Esok insya-Allah saya nak ke Kazan kerana ketua-ketua negara ASEAN nak mesyuarat dengan Presiden Vladimir Putin. Tapi antara yang saya nak tegaskan bila jumpa dengan Putin nak pastikan minyak itu dia dapat salur juga kepada kita.

“Ini rahsia kita baik dengan orang. Jadi dalam dua hari saya akan dapat persetujuan supaya dia jamin penyaluran minyak dan diesel kepada Malaysia. Supaya sekarang ni tak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia, Warga Pendidik dan masyarakat setempat di Medan Selera Pantai Leka, di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Hi-Tea Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia Tempatan, Warga Pendidik dan Masyarakat Setempat di Medan Selera Pantai Leka, Muar pada 15 Jun 2026. Foto Harapan Madani

Turut hadir, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

Dalam pada itu Anwar berkata, Malaysia masih berada dalam keadaan yang baik dari segi bekalan bahan api berbanding beberapa negara lain sehingga ada yang terpaksa menutup ratusan stesen minyak.

Katanya, harga RON95 di Malaysia ketika ini kekal pada kadar RM1.99 seliter dan disifatkan antara yang terendah di dunia, malah lebih rendah berbanding Arab Saudi yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Hi-Tea Bersama Komuniti Nelayan, Petani, Usahawan IKS, Belia Tempatan, Warga Pendidik dan Masyarakat Setempat di Medan Selera Pantai Leka, Muar pada 15 Jun 2026. Foto Shahrun

Jelasnya, bagaimanapun kerajaan perlu sentiasa bersiap siaga kerana perkembangan geopolitik dunia ketika ini boleh memberi kesan langsung terhadap bekalan dan harga tenaga di peringkat antarabangsa.

“Sekarang dah elok-elok Iran aman, Israel serang bersama Amerika. Dah bergaduh. Dah tutup Selat Hormuz.

“Semalam dapat maklumat daripada Perdana Menteri Pakistan dia kata nampaknya mungkin hari Jumaat selesai perang itu. Kita doa kerana kalau tidak Selat Hormuz ditutup kesan saya ingatkan Malaysia minyak naik,” ujarnya.



No comments: