Cecilia Robbie Cee
Moga ada neraka khas buat majikan yang misuse intern di Malaysia.
Intern itu datang untuk belajar.
Bukan datang untuk jadi pencetak bergerak.
Bukan datang untuk jadi penghantar kopi.
Bukan datang untuk buat kerja staf tetap yang dah resign tiga bulan lepas.
Bukan datang untuk cover manpower yang syarikat tak mahu hire.
Makcik selalu pelik.
Bila audit datang, intern kata “saya trainee”.
Bila kerja datang bertimbun-timbun, tiba-tiba intern jadi “staff sepenuh masa”.
Nak KPI macam pekerja.
Nak komitmen macam pekerja.
Nak kerja lebih masa macam pekerja.
Tapi bila tanya pasal elaun, kebajikan dan pembelajaran?
“Awak intern je.”
Aduhai.
Kalau tujuan ambil intern adalah untuk mendidik, membimbing dan memberi pendedahan kepada dunia pekerjaan, Makcik tabik hormat.
Tapi kalau tujuan ambil intern sebab nak pekerja murah yang tak banyak soal, itu bukan internship.
Itu eksploitasi yang diberi nama baharu.
Intern hari ini adalah tenaga kerja masa depan negara.
Kalau dari hari pertama mereka diajar bahawa bekerja bermaksud dipergunakan, jangan terkejut nanti bila mereka hilang kepercayaan kepada majikan, kepada HR dan kepada dunia pekerjaan itu sendiri.
Intern datang untuk belajar bekerja. Bukan untuk belajar bagaimana rasanya dieksploitasi.
Makcik Labor 


No comments:
Post a Comment