BACA MOOD'Y BUKAN ISAHAM JALIL..TU MANGKOK....DIA PATUT JELASKAN ISU NAJIB




NAZRI HANDAN


 Malaysia menerima berita positif apabila Moody’s menaikkan penilaian prospeknya terhadap Malaysia kepada A3 dengan prospek stabil, didorong oleh pertumbuhan sektor AI, pusat data dan perubahan rantaian bekalan global.

Cuma kat sini kita jangan salah faham. “Prospek” (outlook) dan “penarafan” (rating) adalah dua perkara berbeza.
Penarafan ialah gred seperti Aaa, Aa1, A1 atau A3. Prospek pula ialah pandangan ke mana gred itu mungkin bergerak pada masa depan, sama ada Positif, Stabil atau Negatif.
Jadi apabila Moody’s lebih yakin terhadap masa depan Malaysia, ia biasanya diterjemahkan kepada prospek yang lebih baik atau penilaian yang lebih positif terhadap ekonomi negara.
Untuk faham kedudukan Malaysia, sistem Moody’s bermula daripada yang paling tinggi iaitu Aaa, diikuti Aa1, Aa2, Aa3, kemudian A1, A2, A3, seterusnya Baa1, Baa2, Baa3.
Semua kategori dari Aaa hingga Baa3 masih dianggap “investment grade”, iaitu tahap yang biasanya diterima oleh pelabur institusi besar seperti dana pencen dan syarikat insurans.
Selepas itu barulah masuk kategori yang lebih berisiko seperti Ba, B, Caa, Ca dan C, yang sering digelar sebagai kategori spekulatif atau “junk”.
Menurut Moody’s, permintaan terhadap AI menyebabkan pelaburan pusat data berkembang pesat di Asia Pasifik dan Malaysia kini menjadi antara destinasi utama bersama Korea Selatan, Thailand dan India.
Kita sudah melihat syarikat teknologi global melabur berbilion ringgit dalam pusat data dan infrastruktur digital terutama di Johor dan Lembah Klang.
Pada masa sama, banyak syarikat antarabangsa turut memindahkan sebahagian operasi mereka keluar dari China ke negara seperti Malaysia bagi mempelbagaikan rantaian bekalan mereka.
Ini memberi peluang kepada Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan, pekerjaan berkemahiran tinggi dan aktiviti eksport bernilai tinggi.




No comments: