𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐂𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐀?

 




𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐂𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐍𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐏𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐈𝐄𝐒𝐄𝐋 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐀𝐌𝐀?



Macam biasa group 4x4 goldmine untuk orang tak berapa cerdik.

Dia tanya kenapa harga minyak mentah sekarang dah sama paras dengan harga minyak mentah pada Januari 2025, tapi harga Diesel sekarang RM4.37 berbanding harga Diesel Januari 2025 dulu dalam range RM2.98 hingga RM3.18.
Malas nak tulis panjang, sebab dah banyak kali tulis sebelum ni termasuk semalam: https://www.facebook.com/share/p/18vSDbZkEL/
Kita list down je la apa masalah dengan post mamat 4x4 ni:
1. Pakai chart tunjuk minyak mentah WTI (US) bukan minyak mentah Brent.
2. Menganggap harga minyak mentah akan menentukan harga produk petroleum terutamanya harga runcit Diesel
3. Harga Singapore Gasoil (Diesel Asia) pada Januari 2025 dalam lingkungan $92 hingga $100 manakala bulan ini (Jun 2026) dalam julat $110 hingga $155.
Itu je sebab kenapa harga Diesel tak sama macam harga Januari 2025 walaupun harga minyak mentah lebih kurang sama.
Minggu depan inshaAllah Diesel akan terus turun paling kurang 30 sen, and kalau Isnin harga Singapore Gasoil terus jatuh, boleh jadi harga Diesel akan turun di bawah RM4.00.
Ini kerana harga purata Singapore Gasoil setakat sehingga Jumaat dah turun lebih 30 sen berbanding minggu lepas.
Harapnya harga minyak dunia tak naik balik minggu depan.
Kekal tenang.







No comments: