WARGANET KATA PADAN MUKA .

 

Fitnah: Warganet ‘Bergembira’ Pemimpin Pas Kalah Saman, Kena Bayar RM250 Ribu


Pemuda Pas Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Changkat Jong dari DAP, Badrul Hisham Badarudin.

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Warganet seakan bergembira dengan keputusan seorang pemimpin Pemuda Pas Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham yang diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 selepas kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Changkat Jong dari DAP, Badrul Hisham Badarudin.

“Tahniah aku ucapkan kepada saudara Badrul Hisham Bin Badarudin, atas kemenangan saman fitnah ke atas Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak.

“Pemimpin pemuda PAS ini diarah bayar RM250,000 kepada saudara Badrul Hisham.

Kenyataan Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Changkat Jong dari DAP, Badrul Hisham Badarudin di Facebook pada 11 Mac 2026.

“Ramadan kali ini telah banyak membuka pintu kebenaran dan membongkar topeng-topeng kemunafikan,” tulis Aman Muhammad di laman Facebook pada Khamis.

Qarni Uwais menulis, “Puak ini dan fitnah berpisah tiada.Sampai diatas mimbar pun puak ni tabur…Semalam baru bergembira menang saman terhadap ustaz PAN harini daaaah kena RM250K kerana disabitkan menfitnah berjawatan Ketua Penerangan pulakvtu….Apakah ada kerahan kongsi dosa pulak kali ini….tunggu dan lihat sahaja gelagat mereka.Dalil walaupun merapu boleh diusahakan.”

“Sedih dan kesal dgn orang2 yg cerdik soal agama hukum hakam tp terlibat dgn zina, cabul, kacau bini orang , fitnah , adu domba dan setaranya. Mrk ini siap dgn imej jubah, serban, kopiah tp lakukan maksiat. Dlm tazkirah bkn main ingatkan jemaah akan dosa neraka. Klu kat x ada cerita mcmana nak naikan taraf hidup, ekonomi, moral, mat rempait, dadah tp hya tahu menghasut soal kaum dan agama. Hrp masyarakat hati2 dgn syaitan bertopeng manusia yg bungkus agama dan jual ikut selera dia,” tulis Azizee Hussain.

Terdahulu, Badrul Hisham memaklumkan mahkamah memutuskan beliau menang dalam kes saman terhadap Nurhafizul, yang juga Pengarah Strategi Pemuda Pas Perak, selepas melalui proses perundangan yang panjang.

Menurutnya, mahkamah memerintahkan defendan membayar jumlah ganti rugi keseluruhan RM250,000, meliputi RM100,000 ganti rugi am, RM100,000 ganti rugi teladan serta RM50,000 ganti rugi teruk susulan fitnah yang didakwa dilemparkan terhadapnya sebelum ini.

“Keputusan ini bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi merupakan satu peringatan bahawa fitnah, tohmahan dan penyebaran maklumat tidak benar tidak boleh dijadikan budaya dalam politik,” katanya.

Rafizal Ali menunjukkan laporan polis itu di luar pekarangan IPD Shah Alam, Seksyen 9 di Shah Alam, Selangor pada 1 Februari 2025.

Terdahulu pada 1 Februari tahun lalu, Amanah mengambil tindakan undang-undang ke atas Nurhafizul yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap parti itu.

Timbalan Pengerusi Biro Mobilisasi Amanah Nasional, Rafizal Ali berkata, pihaknya amat terkesan dengan satu hantaran dimuat naik dalam HarakahDaily kelmarin yang menyatakan bahawa fitnah dibawa Amanah terhadap agama lebih bahaya dan menjadi alat tunggangan DAP yang membawa dasar perjuangan sekular.

“Dakwaan itu adalah fitnah dan perbuatan jahat yang menimbulkan persepsi buruk kepada Amanah tanpa sebarang fakta dan bukti.

“Tohmahan seumpama itu amat berbahaya kerana menyentuh sensitiviti agama dan kaum. Justeru, kita mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas beliau berhubung isu itu,” katanya.




No comments: