RM2.69 Juta Dilulus Majukan Sekolah Pondok, Tahfiz Di Sarawak – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

KUCHING, 13 Mac – Mengambil sempena keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.69 juta bagi sekolah pondok dan tahfiz di Sarawak daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Peruntukan tersebut diluluskan segera oleh Perdana Menteri bagi memastikan para pelajar di institusi berkenaan terus mendapat pendidikan seimbang dan tidak terpinggir daripada arus pendidikan perdana.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Ketika mengumumkan khabar gembira itu, Perdana Menteri berkata, Kerajaan memerhati kedudukan sekolah pondok dan tahfiz, sambil menekankan bahawa pembelajaran mengikut manhaj Tarbiyah mereka tidak akan diganggu.

Jelasnya, pelajar-pelajar ini perlu didedahkan kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) serta ditingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

“Saya minta tambah, pondok-pondok ini jangan tersisih daripada arus perdana. Belajar bahasa, belajar bahasa Inggeris, belajar sejarah, jangan terpisah daripada sejarah kita.

“Kemudian, kita perkenalkan juga AI di sekolah pondok, sebuah perancangan awal dengan MDEC untuk mendedahkan mereka,” katanya berucap dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Melalui kerjasama ini ujarnya, pelajar akan diberikan pendedahan awal kepada pembelajaran arus perdana ini dengan sokongan daripada guru dan pentadbir sekolah.

Hadir sama, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Speaker Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO

Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Turut hadir, barisan Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki barisan Timbalan Menteri Kabinet Sarawak dan Persekutuan serta dif kenamaan lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada 13 Mac 2026. Foto PMO


No comments: