Jangan Percaya Cakap ‘Abu Janda’, Orang Indonesia Pun Tak Suka Dia.PELAQ

 


Tangkap layar video lelaki dikenali sebagai Abu Janda didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi mengajak berperang dengan Malaysia dalam satu temu bual siaran televisyen di Indonesia. Foto X

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Rakyat Indonesia meminta rakyat Malaysia agar tidak ambil hati berhubung kenyataan kontroversi seorang lelaki dikenali sebagai ‘Abu Janda’ yang bukan sahaja lantang membela Zionis Israel, malah didakwa mengeluarkan ajakan berperang dengan Malaysia.

Kenyataan lelaki tersebut dibuat menerusi satu rancangan temu bual siaran televisyen di Indonesia sekali gus ia turut mengundang kemarahan rakyat negara itu.

Menerusi klip video yang tular, ‘Abu Janda’ didakwa mengeluarkan kenyataan, ‘saya yakin demi Allah dan Rasulullah pasti kita rela banget, ikhlas banget perang sama Malaysia’.

Berdasarkan maklum balas rakyat Indonesia di media sosial, mereka sudah mengenali Abu Janda yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi, malah dalam isu Palestin dan Israel, dia didakwa penyokong kuat Zionis.

“Silalah tangkap dia dan ikat dia di atap Menara Berkembar Petronas atau direjam pun tak apa,” komen pengguna X Aang yang juga rakyat Indonesia.

“Jangan terkecoh (terpedaya) ya orang Malaysia. Dia ni Zionis yang udah (sudah) pernah pergi ke Israel. Kerjaan (kerja) dia memang untuk merusak (merosakkan) dan memecah belah. Senarai hitamkan dia ke negara jiran,” komen Wakanda.

“Tolong senarai hitam orang ini untuk jadi narasumber (orang yang menjadi sumber maklumat atau rujukan dalam sesuatu berita, laporan, kajian atau temu bual) di semua media. Ocehannya (kenyataannya) sangat berbahaya. Mengandung ujaran (ucapan) kebencian dan kebohongan,” komen Baru Nuralamsyah.

“Kami Indonesia hak suka sama dia dari dulu. Dia ini Islamofobia. Indonesia dan Malaysia mayoritas (majoriti) muslim. Ejen Mossad gak (tak) senang dengan ini,” kata Julian.

No comments: