PALESU


 

Dokumen tular solat sunat Aidilfitri pada Jumaat adalah palsu – Jabatan Mufti Pahang

Jabatan Mufti Negeri Pahang memandang serius penyebaran satu dokumen yang tular di media sosial yang didakwa sebagai surat rasmi berkaitan penetapan waktu Solat Sunat Aidilfitri bagi negeri itu.

Jabatan itu dalam satu kenyataan menegaskan, dokumen tersebut adalah palsu dan bukan dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada Jabatan Mufti Negeri Pahang atau pihak berkuasa agama negeri bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

“Pihak Jabatan Mufti Negeri Pahang juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya penyebaran dokumen palsu ini berterusan.

“Kerjasama semua pihak dalam mengekang penyebaran berita palsu amatlah dihargai,” katanya.

Terdahulu, surat tular yang menjadi perhatian masyarakat ketika ini mendakwa waktu solat sunat Aidilfitri pada tahun ini di seluruh negeri Pahang ditetapkan pada 20 Mac, 8.45 pagi.

Ia juga tertera tanda tangan Sahibus Samahah Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.


No comments: