KISAH ROGOL

 

Maizun Mastura




Selepas membaca serba sikit dokumen alasan kehakiman kes r*gol si Syed, aku boleh katakan Syed memang haramjadah tahap infiniti. 


- Mangsa memang dah clinically diagnosed dengan masalah depresi hasil dari mental abuse dengan family dari kecil. Mangsa orang kampung, naif. Datang KL untuk kerja. 


- Syed guna modus operandi hunting pompuan kat IG, dm pompuan yang dia rasa boleh makan by random. Mangsa adalah salah sorang pompuan yang Syed dm. Ingat, Syed yang mula dm pompuan, k. Bukan depa cari Syed.


- Mangsa cerita kat Syed pasal masalah kemurungan yang dialami. Syed cakap dia boleh rawat mangsa guna rawatan Islam. Which means, Syed aware bahawa mental state mangsa adalah tidak stabil. Syed perdayakan mangsa dengan karismanya sebagai pendakwah agama. 


- Mangsa sepatutnya keluar bertiga dengan seorang lagi rakan pada malam kejadian, tapi rakan mangsa cancel last minute. So, mangsa tanpa menyimpan syak wasangka bukan-bukan, ikut lah Syed keluar, Syed ajak pi kedai makan, lepak minum-minum.


- Lepas pi kedai makan, Syed ajak dia follow balik rumah sebab Syed kata nak rawat dia.


- Mangsa follow Syed naik kondo sebab Syed kata rumah dia ada family, ada bodyguards. Kat part naik kondo ni tunjuk karakter mangsa yang sangat naif. Syed suruh dia naik dulu, tapi dia tak reti pakai access card condo. Tercongok lah juga mangsa sampai Syed sendiri yang gesa mangsa supaya follow dia cepat-cepat.


- Syed punya gigih nak mampuih susun kasut banyak-banyak kat luar rumah, siap pakej ada kasut pompuan, punya nak bagi nampak dari luar konon rumah tu rumah ada ramai orang bagi yakinkan mangsa dia. (Kat sini dah boleh nampak, Syed memang dah rancang dan memang dah ada taktik modus operandi macam mana nak yakinkan pompuan masuk rumah dia)


- Bila masuk rumah, mangsa terkejut rumah gelap dan takdak orang. Still, mangsa husnuzon lagi. Mangsa duduk diam kaku kat ruang tamu, manakala si Syed masuk bilik main PS.


- Sampai lah part Syed keluar bilik dan pi heret mangsa masuk ke bilik semula, tarik londehkan seluar mangsa secara paksa dan r*gol mangsa kat katil.


- Lepas r*gol mangsa, Syed tidur, manakala mangsa pula menangis, masih di atas katil sebelah Syed. Kenapa mangsa kat situ? Sebab badan mangsa dah kaku, dah shutdown. Ingat, mangsa memang ada masalah depresi yang didiagnos secara klinikal, yer. Hanya kepala otak mangsa yang bercelaru. 


- Mangsa ada bagitahu, sepanjang malam selepas kejadian, sewaktu Syed tidur, mangsa ada fikir nak b*nuh Syed dengan tekup bantal kat muka Syed. Mental state mangsa sangatlah teruk. Mangsa fikir yang orang takkan percaya jika dia cerita apa jadi sebab masalah kemurungan yang dia alami. Dan mangsa juga takut stigma "kotor" sebab dah dir*gol. So, mangsa dok berkira-kira nak b*nuh ja Syed dan hadap 302.


- Mengelamun punya mengelamun, sampai lah hari dah subuh. Syed cakap dia tak boleh hantar mangsa balik sebab ada program TV. So, Syed cuma drop mangsa kat lobi dan mangsa balik naik grab.


- Syed warning mangsa jangan bangkitkan hal semalam, Syed claim kata dia ada hantar bodyguards untuk follow mangsa dari jauh. Sekiranya ada cubaan mangsa untuk buka apa yang jadi, Syed akan hantar legal team untuk saman mangsa


- Mangsa buat report lepas setahun sebab apa? Sebab dalam tempoh setahun tu, mangsa yang sebelum ni cuma didiagnos dengan depresi, dah tambah dengan psychosis. Mangsa dah "gila" lepas kejadian. Mangsa trauma yang teruk. Mangsa perlu rawat dulu bagi mental dia okay, bagi dia ada kekuatan, bagi dia sedar yang apa jadi kat dia valid, bukan sekadar imaginasi atau ilusi. 


- 18 orang saksi dipanggil pihak pendakwaan, termasuk 3 orang doktor perubatan. dan lebih 60 bukti dilampirkan dalam mahkamah.


- Untuk pembelaan, Syed mengaku melakukan hubungan seks dengan mangsa, tapi Syed claim kata mangsa yang rela. Syed kata mangsa yang start dulu. Syed kata mangsa yang goda dia siap buka tudung.


- Why hujah Syed tak diterima? Sebab pendakwaan berjaya buktikan karakter mangsa adalah sangat naif. Doktor merawat pun bagi keterangan untuk karakter mangsa. Maka, cerita Syed konon mangsa berani goda dia adalah bertentangan dari sifat naif mangsa.


Dokumen lengkap 77 muka surat tu dah tak boleh nak akses. Kalau tak, aku screenshot semua tempek satu-satu bagi berpinau mata baca. 


Semoga mangsa pulih dari trauma yang membelenggu. Semoga dengan kemenangan kes ini dapat sedikit sebanyak mengubat hati mangsa. Miss A, i will remember you not as victim, but as a SURVIVOR. My greatest salute to you for going through the whole process. May you'll find your inner peace and healed.





No comments: