Sekarang ni nampaknya ada perselisihan dalam PAS antara Mursyidul Am dan Presiden. Sorang kata utara, yang sorang lagi kata selatan.
Untuk walaun yang masih menyusu botol, mungkin mereka tak sedar siapa lebih tinggi dalam hirarki PAS.
Presiden dan Mursyidul Am berselisih ni perkara baru. Berlaku hanya lepas Hadi jadi presiden. Sebelum tu, di zaman Ustaz Fadzil Noor, ia tak pernah berlaku.
Malah ketika Almarhum TG Nik Aziz sebagai MA pun Hadi beberapa kali cuba 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 Almarhum dengan berbuat perkara ikut suka hati dia je.
Tapi komen Almarhum sentiasa 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘪𝘤. "Saya masih lagi 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗔𝗦." Dan itu biasanya akan tutup terus pintu perbalahan.
Ya, Mursyidul Am adalah pemimpin tertinggi di dalam hirarki PAS. MA adalah pemimpin yang paling wajib diwalak oleh walaun. Bukan presiden.
Malah sekiranya Presiden melakukan sesuatu yang bertentangan dari persetujuan MA itu bermakna Presiden sendiri telah 𝘁𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗸 dan 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮.
Tapi begitulah Hadi. Dia mana reti nak hormat orang lain, walaupun orang itu berada di atasnya. Sentiasa rasa dirinya je yang betul. Walaupun selalu salah.
Kalau orang sehebat, searif Almarhum TG Nik Aziz pun dia berani bantah (ikut pintu belakang), apatah orang macam Hashim Jasin tu.
Dan tu juga masalah PAS. Tiada pemimpin berkaliber. Bila Allahyarham Ustaz Fadzil Noor meninggal, dan diikuti pula Almarhum TG Nik Aziz, mereka tinggalkan 𝗹𝗼𝗺𝗽𝗼𝗻𝗴 yang sangat besar dalam hirarki PAS.
Ditambah lagi bila kumpulan profesional dan cerdik disingkirkan (𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻), yang tinggal dalam PAS hanya 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗼𝗿𝗶-𝗹𝗼𝗿𝗶 pemimpin sampah.
Hadi membawa PAS menuju kehancuran. Walaun nafi ni berdasarkan pencapaian PAS dalam PRU. Tapi itu sebenarnya hasil permainan sentimen.
Bila kebenaran kian terbongkar dan temberang PAS terdedah, seperti yang kerap berlaku sekarang, PAS akan jadi setaraf 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗺 dan 𝗕𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮 je, InsyaAllah. Guane boh?
Raja Gelap II
.
No comments:
Post a Comment