Ramai sambut baik, PM syor ladang babi di Bukit Tagar dibatalkan, ini sebabnya


 


Ramai menyambut baik penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar projek ternakan babi berskala besar di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatalkan.

Terdahulu, Anwar berkata, Kabinet dalam mesyuarat hari ini, berpandangan isu berkenaan membabitkan faktor persekitaran dan keresahan rakyat pelbagai kaum di sekitar kawasan itu harus diberi perhatian.

“Saya akan bincang dengan Menteri Besar (Amirudin) supaya bagi pandangan, kalau boleh batalkan dulu projek itu dan pertimbangkan kalau boleh kawasan yang lebih baik dengan syarat teknologi itu terjamin.

“Kalau pun teknologi baik tapi di kawasan yang menimbulkan keresahan itu tentunya tidak wajar diteruskan,” katanya.

Beliau menambah pilihan juga boleh dibuat dengan membangunkan ladang ternakan sedia ada itu di lokasi yang sama dengan syarat ketat dan teknologi baharu.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi hari ini.

Lokasi lain

Pada 17 Januari lalu, Kerajaan Selangor bersedia menilai lokasi lain bagi projek pemindahan ladang babi sekiranya terdapat keperluan susulan bantahan terhadap cadangan tapak di Bukit Tagar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keluasan 202 hektar atau hampir 500 ekar di Bukit Tagar yang dicadangkan, adalah merangkumi zon penampan bagi mengurangkan kesan bau, bunyi dan memastikan jarak selamat daripada kawasan awam.

Bagaimanapun, banyak pihak membantah disebabkan menimbulkan risiko besar terhadap alam sekitar dengan akibatnya akan ditanggung orang ramai termasuk penduduk di Lembah Kelang.

Pakar air dan bekas pensyarah UTM, Prof. Dr. Maketab Mohamed mengingatkan bahawa Bukit Tagar terletak dalam Kawasan tadahan Sungai Selangor.

“Kalau pun teknologi baik tapi di kawasan yang menimbulkan keresahan itu tentunya tidak wajar diteruskan,” katanya.

Beliau menambah pilihan juga boleh dibuat dengan membangunkan ladang ternakan sedia ada itu di lokasi yang sama dengan syarat ketat dan teknologi baharu.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi hari ini.

Beliau berkata, di hilir Sungai Selangor terdapat lima Loji Rawatan Air (LRA) yang membekalkan lebih 50 peratus air terawat untuk penduduk Lembah Kelang.

LRA terbabit adalah Rantau Panjang (Lama), LRA Rantau Panjang (Baru), Muka Sauk Fasa 3 Gamuda Water, Muka Sauk Fasa 2 LRA Sungai Selangor dan Muka Sauk Fasa 1 LRA Sungai Selangor (Air Selangor).

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) pernah menyatakan bahawa pencemaran ladang babi adalah punca pencemaran kedua tertinggi selepas industri di negara ini.

Pada 2022, Malaysia mempunyai 1.87 juta ekor babi di seluruh negara yang menghasilkan 75,000 tan najis dan sisa sehari.

Dalam masa sama, rancangan untuk mewujudkan projek menternak babi secara mega di Hulu Selangor sama sekali tidak terkandung dalam Rancangan Tempatan Hulu Selangor 2035.

Malah, kerajaan Selangor telah mengisytiharkan Hulu Selangor sebagai Daerah Pelancongan pada 2024 sekaligus bercanggah dengan cadangan projek ternakan babi seluas 500 ekar.

No comments: