Desa HM
Lipatan sejarah telah melakarkan banyak pengajaran kepada masyarakat akan bahaya fitnah.
Seawal zaman Khulafa ArRasyidin lagi.. berlaku fitnah yg menyebabkan kematian Saidina Uthman bin Affan RA dan seterusnya membawa kepada beberapa siri peperangan sesama umat Islam.
Al Quran mencatatkan, Nabi Allah Yusuf AS pernah menjadi mangsa fitnah. Kisah ini dirakamkan di dalam Al-Quran secara spesifik di dalam Surah Al-Yusuf ayat 23-29 yang menceritakan Nabi Yusuf AS cuba digoda oleh isteri kepada pembesar Mesir, Zulaikha untuk melakukan perbuatan yang dilarang kerana wanita itu terpukau dengan keindahan rupa paras Baginda. Bagaimanapun, kebenaran akhirnya terungkai dengan muncul seorang individu yang memberikan logik dengan keadaan baju Nabi Yusuf AS yang terkoyak di bahagian belakang yang menunjukkan Baginda tidak bersalah.
Sejarah lain turut merakamkan peristiwa fitnah terhadap Saidatina Aisyah RA, isteri Rasulullah SAW. Dalam peristiwa yang diada-adakan oleh kaum munafik, Saidatina Aishah RA telah dituduh melakukan perkara yang tidak bermoral dengan Safwan bin Mu‘attal. Berikutan peristiwa tersebut, Saidatina Aishah RA sendiri sebagai mangsa fitnah dan Baginda Rasulullah SAW sebagai suami telah menanggung aib dan malu. Kesan fitnah tersebut telah menyebabkan Baginda SAW tidak banyak bercakap dan terpaksa mengurungkan diri daripada masyarakat awam. Keadaan kembali pulih dengan turunnya wahyu Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat) [11]. Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: ini ialah tuduhan dusta yang nyata [12]. Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangksan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta [13]”- Surah Al-Nur:11-13.
Demikian tausiah yg dpt dipetik utk dijadikan panduan dlm melayari kehidupan buat umat akhir zaman. Umat yg saban hari disajikan dgn fitnah demi fitnah...
Lebih malang lagi, di kalangan pihak2 yg mendabik dada mengatakan 'merekalah yg terpaling Islam'... hari ini memgeluarkan fatwa, harus utk umat Islam memberikan derma bagi membantu membayar denda di atas hukuman mahkamah ke atas pesalah fitnah...
Lebih memalukan lagi.. tabung yg dilancarkan pun, diberi nama 'Tabung Jihad'...
Nk tegakkan fitnah pun, guna nama jihad jugak!
Astaghfirullah...
Bercelaru habih...
🤔🤔🤔🤔