DI KETIKA PIMPINAN PEMBANGKANG SIBUK ISU ELAUNS, JAWATAN, TEBUK ATAP......KITA SEBAK LIHAT STEVEN CARI RUMAH UNTUK TINGGAL- TAHNIAH CINA KAPIAQ DAP TOLONG ANAK KERAJAAN WALAUN







 Sebak tengok Steven carikan rumah 7 beranak tinggal dalam kereta

Kisah kepayahan tujuh beranak yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas merantau daripada Kelantan ke Pulau Pinang mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong

Dalam satu hantaran video dimuat naik di X, lelaki dikenali sebagai Hilmi itu memberitahu sudah tiga bulan dia dan isteri tidur di dalam kereta bersama lima orang anaknya yang masih kecil.

Katanya, mereka sekeluarga ditipu pemilik rumah sewa dan dihalau daripada rumah walaupun deposit rumah sudah dibayar.


Dia sebelum ini merupakan pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk membina kehidupan yang lebih baik.

“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai pemandu lori tetapi Hilmi tidak berputus asa. Kereta usang yang jadi rumah itu, kereta itu juga dibawa ke sana ke sini buat Lalamove,” menurut hantaran Steven.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila Steven mencarikan rumah baharu untuk keluarga berkenaan dengan jaminan sewa rumah ditanggung olehnya selama setahun.


Tidak hanya itu, beliau juga membelikan perkakas rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk bersekolah semula.

Steven turut menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 bagi meringankan beban mereka serta membelanja mereka sekeluarga makan tengah hari pada pertemuan itu.

Video berdurasi 2 minit itu menyentuh hati ramai dengan rata-rata pengguna memuji kesungguhan Steven membantu keluarga yang sedang kesusahan walaupun bukan di bawah kawasan Parlimennya.