Menjunjung Kasih atas titah dan ketegasan DYMM Sultan Selangor Royal Office berhubung isu GISB baru² ini.
Titah ini menzahirkan rasa dukacita DYMM Tuanku Sultan Selangor akan kelewatan bertindak penguatkuasa dan badan autoriti agama yang diibaratkan baginda sebagai ‘tin kosong’. Ini adalah teguran Tuanku Sultan Selangor yang amat tajam.
Alhamdulillah, tatkala ada pihak yang cuba menjadikan teguran dan kritikan saya bersama rakan² terhadap agensi agama sebagai hasutan dan kenyataan jahat, kenyataan Tuanku Sultan Selangor ini harapnya dapat membantu mereka faham, mengapa kami bangun bersuara dan menegur!
Daulat Tuanku!
21 September 2024 ~
Kenyataan DYMM Sultan Selangor mengenai isu siasatan kegiatan jenayah oleh Kumpulan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).
Berikut adalah petikan penting titah Baginda :-
“Beta berasa kesal dan kecewa kerana perkara ini telah berlanjutan untuk suatu tempoh yang lama dan tiada tindakan berkesan diambil untuk menangani perkara ini. Kita perlu menerima hakikat bahawa kelewatan menangani perkara ini menunjukkan kelemahan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi agama terhadap rumah amal dan sekolah agama Islam yang berkaitan dengan GISBH dan rangkaiannya sehingga menyebabkan perkara ini menjadi begitu serius dan tidak terkawal.”
“Beta ingin memberi peringatan sekali lagi kepada semua pihak khususnya pihak berkuasa agama untuk memandang serius mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tindak-tanduk kumpulan GISBH ini terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan ajaran sesat yang disyaki diamalkan oleh mereka. Tindakan segera dan tegas tanpa sebarang kompromi perlu dilakukan di bawah undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak dan amalan-amalan yang bertentangan dengan akidah demi memelihara kesucian agama Islam.”
“Beta tidak mahu kita hanya diumpamakan sebagai “tin kosong” yakni hanya pandai bercakap tetapi tiada hasilnya. Kita hendaklah berpegang kepada prinsip “walk the talk or putting your words into action”. Di samping itu Beta juga menyeru agar semua agensi penguatkuasa agama dan pihak polis agar menjalankan penyiasatan dengan telus dan sentiasa memelihara integriti dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.”