Che Ibrahim
Ambo tertarik dengan tulisan di Kolum "Oghe Kito" akhbar Harakah yang mendakwa Taliair KADA dibina oleh Kerajaan Pas Kelantan... Tahniah atas kejayaan Pas waktu itu.
Apapun semua orang tahu bahawa KADA adalah satu Badan Berkanun Persekutuan yang ditubuhkan melalui satu Akta Persekutuan, iaitu Akta 69 di mana 100% peruntukannya adalah dari Kerajaan Persekutuan. Misi dan Visi utama KADA adalah berkaitan penanaman padi di KELANTAN yang majoritinya diusahakan oleh petani petani Kelantan.
Setakat ini petani/penanam padi di Kelantan masih bergelumang dengan masalah air walaupun Kelantan ada Taliair KADA sepanjang 500 batu seperti yang ditulis dalam kolum tersebut.
Bila musim hujan petani berhadapan dengan masalah padi tenggelam air kerana taliair yang ada tidak boleh berfungsi untuk mengeluarkan air dari sawah keluar bila hujan lebat.
Bila musim kemarau pula, petani hadapi masalah kekurangan bekalan air untuk dialirkan ke sawah. Bahkan lebih malang lagi di beberapa kawasan tertentu, walaupun air ada dalam taliair, petani terpaksa menggunakan pum untuk sedut air dari taliair ke sawah kerana kedudukan taliair yang lebih rendah dari sawah.
Tahun 2024 menyaksikan episod yang lebih malang kepada petani. Air bukan sahaja tidak ada dalam taliair, bahkan taliair itu sendiri telah kering kontang, sawah padi menjadi merekah gara gara Pum Air Kemubu tidak dapat berfungsi kerana Paras air Sungai Kelantan di Kemubu amat cetek.
Sayugia dimaklumkan, di Kemubu ada 2 Pum Air Utama yang sedang beroperasi;
1. Pum Kemubu 1 yang berfungsi di paras air 4.5m.
2. Pum Kemubu 2 yang berfungsi di paras air 3.5m.
Selain itu, pada tahun 2022, KADA telah membina Pum Kemubu 3 dengan kos sebanyak rm27 juta yang dijangka boleh beroperasi di paras air 1.8m. Projek ini dijangka siap/serah projek pada 31 Mei 2025.
Isu utama sekarang ialah paras air Sungai Kelantan di Kemubu berada di paras yang amat rendah (kurang Dari 3.0m) menyebabkan kedua dua pum air utama Kemubu tidak dapat berfungsi untuk menyedut air ke dalam taliair yang Kerajaan Pas bina itu. Walaupun PMX telah umumkan peruntukan segera sebanyak rm20 juta, namun penyelesaiannya tidak semudah yang dikata.
Ambo difahamkan peruntukan sebanyak Rm20 juta itu bakal digunakan bagi tujuan berikut:
1. Membina sebanyak 150 telaga tiub di tempat tempat yang telah dikenalpasti.
2. Memecah batu hampar yang menghalang laluan air masuk di pintu Pum Kemubu 2,
3. Membeli pum/enjin air boleh alih untuk menyedut air secara terus dari Sungai Kelantan ke taliair ( disebut oleh Pengerusi KADA sebagai Kemubu 4).
Ambo tak pasti sejauh manakah pelaksanaan projek ini. Apa yg ambo dengar, kerja kerja pengalian telaga tiub telah banyak dibuat, namun setakat ini kesannya amat minima dan tidak praktikal. Adapun kerja kerja memecah Batu hampar sedang giat dilaksanakan tetapi agak "slow" kerana berbagai masalah.
Pembelian 10 pum enjin boleh alih seperti yang dicadangkan masih di peringkat perolehan/pembelian oleh MOF, kerja kerja pemasangan belum bermula kerana enjin yang ditempah tak tahu bila lagi akan sampai.
Bulan Oktober ini musim baru penanaman padi akan bermula. Andainya paras air Sungai Kelantan di Kemubu berada di paras 3.5m ke atas, maka insyaallah taliair KADA yang dikatakan dibina oleh Kerajaan Pas semenjak tahun 1964 itu akan ada airnya dan boleh dialir atau disedut masuk ke sawah. Tetapi seandainya paras air Sungai Kelantan di Kemubu kekal rendah seperti sekarang, maka nasib malang pesawah akan bertambah tambah.
Bagi ambo, Kelantan sebenarnya sudah ada takungan air semulajadi iaitu Sungai Kelantan. Airnya lebih dari cukup untuk dibekalkan ke sawah sawah. Apa yang perlu fikirkan atau dilakukan ialah bagaimana air dari sungai itu boleh dialir masuk ke taliair walaupun di musim kemarau??
Bagaimana air Sungai Kelantan yang cetek itu dapat "ditakungkan" ke satu paras ynag diperlukan untuk pastikan air itu dapat disedut ke taliair??
Inilah yang perlu difikirkan oleh Kerajaan Kelantan demi memanfaatkan Taliair sepanjang 500 Batu yang dikatakan dibina oleh Kerajaan Pas itu. Kerajaan Persekutuan boleh membantu di segi kewangan dan teknikal serta kakitangannya untuk menjadikan Sungai Kelantan sebagai Pusat Takungan Air (TAPS) untuk petani Kelantan.
p/s 3 tokoh dalam gambar yang ditepek adalah pemain utama yang boleh selesaikan isu ini.