DAH HABIH HOONEYMOON HANGPA.

 

Zainuddin Omar

Dulu memang setiap Kementerian dan Jabatan mempunyai peruntukan untuk pegawai menghadiri kursus dan seminar ke luar negara. 



Nampaknya the honeymoon is over. 


**************

Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan pentadbirannya membatalkan lawatan ke luar negara yang dirancang untuk 68 pegawai kerajaan sebagai langkah memperketatkan perbelanjaan awam yang berlebihan.


"Kita lebih tegas untuk semua syarikat-syarikat agensi kerajaan walaupun lembaga berkuasa tetapi kadang-kadang lembaga buat keputusan yang memihak kepada mereka.


"Oleh itu semua projek baru lawatan luar negara mesti dirujuk kepada ketua setiausaha atau ketua pengarah dan diluluskan oleh menteri berkenaan supaya ada yang akhirnya bertanggungjawab secara langsung,” katanya kepada wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Darussalam di Puchong hari ini.


Sementara itu Anwar dipetik Bernama berkata lawatan kakitangan sebuah kementerian ke Berlin dibatalkan walaupun tempahan hotel dan penerbangan telah dibuat.


“Walaupun tiket hotel dan penerbangan telah disediakan, saya batalkan, kerana jumlah yang didaftakan terlalu ramai. Hanya sebahagian kecil mungkin diperlukan untuk tugasan tersebut. Ini adalah pelanggaran peraturan. Ini dana rakyat dan kita harus tanggungjawab.


“Saya semalam telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausana Negara (Shamsul Azri Abu Bakar), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), semua Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan untuk menegaskan pendirian kerajaan dan minta kerjasama mereka dalam hal ini,” katanya.


Perdana menteri juga berkata semua menteri bertanggungjawab terhadap sebarang kelulusan yang diberikan.


“Menteri yang ingin melawat mana-mana negara perlu mengemukakan kertas cadangan kepada jemaah menteri, dan biasanya kita akan menilai semula sama ada perlu membawa kakitangan tertentu atau tiada keperluan sama sekali," katanya.


“Atau lebih baik tangguhkan sahaja lawatan tersebut dan sekalikan dengan lawatan perdana menteri, di mana, MoU (Memorandum Persefahaman) boleh turut ditandatangani dalam majlis yang sama.


“Ini akan jimat belanja,” katanya.