Ustaz Harry Takazawa.
Didiklah diri supaya jaga hal rumah tangga sendiri. Ketahuilah itu lebih mulia dari menyibuk urusan dalam kain orang lain.
Jangan hina/gelakkan mereka yang bercerai. Takut nanti kita pulak yang bercerai.
Jangan hina anak orang isap dadah. Takut nanti anak kita lagi teruk mengisap dadah dari anak orang lain.
Jangan hina orang pergi merempit. Takut nanti anak kita yang terpaling rempit.
Jangan hina anak orang lain berjudi. Takut nanti sebab mulut biadap kita, anak kita bila besar, dia jadi kaya sebab judi/ rasuah.
Jangan hina anak orang lain kalau depa kurang berjaya. Takut nanti anak kita Walaupun anak kita berjaya, dia lupa tanggunjawap pada mak bapak.
Jangan hina mereka. Hidup ini panjang. Besok kita berjaya, mungkin lusa atau akan tiba waktunya, kita boleh jatuh tersungkur.
Salam jumaat.