Usai pertemuan dan majlis makan malam bersama Presiden Putin, saya berkesempatan berjalan kaki selain meninjau tapak pameran yang diadakan bersempena penganjuran Forum Ekonomi Timur Ke-9 2024 (EEF 2024) di sini sambil menghirup udara bersih yang bertiup segar dari Laut Pasifik yang secara geografinya melingkungi sebahagian besar kota Vladivostok dan merupakan pelabuhan terbesar di wilayah Timur Hujung Rusia.
Kami kemudian menamatkan sesi untuk hari ini sebelum bersambung untuk persiapan hari kedua esok di mana saya akan menyampaikan ucaptama di forum tersebut yang akan dihadiri Presiden Rusia Vladimir Putin dan Wakil Presiden China Han Zheng.
#MalaysiaMADANI