DASAR GAJI PROGRESIF.



 Projek Rintis Dasar Gaji Progresif sudah pun bermula dan pihak Kementerian telah mula menerima pendaftaran dan permohonan daripada syarikat-syarikat yang berminat. 



Saya akan mengambil peluang untuk memaklumkan perkembangan terkini pelaksanaan Dasar Gaji Progresif dan rancangan seterusnya dalam satu sesi pertemuan Townhall Projek Rintis Dasar Gaji Progresif bersama pemegang-pemegang taruh pada masa dan ketetapan berikut:


Hari: Selasa, 6 Ogos 2024

Masa: 2 petang

Tempat: Grand Ballroom, Level 1, Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Center.


Sesi ini juga akan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya.


Saya menjemput semua yang terlibat dan berminat untuk hadir bersama kerana pendaftaran projek rintis masih dibuka. Untuk mendaftarkan kehadiran atau untuk sertai projek rintis, sila ke pautan https://gajiprogresif.gov.my/



No comments: