Boikot Himpunan Pembebasan Palestine tandus isu

 

Zamri Zainal Abidin


Boikot Himpunan Pembebasan Palestine tandus isu 





Kempen oleh beberapa pemimpin pembangkang supaya boikot perhimpunan solidariti Pal3stin3 malam tadi adalah satu tanda ketandusan isu untuk menunjukkan mereka masih relevan dalam politik negara. Kononnya sebagai satu bantahan terhadap sikap kerajaan yang tidak tegas dalam isu Pal3stin3.


Entah bagaimana serius dan tegas lagi yang Kerajaan Madani mahu tunjukkan untuk memuaskan hati mereka. Mungkin mereka mahu perisytiharan menggunakan susunan mereka huruf demi huruf baharulah mereka berpuas hati.


Dalam masa yang sama nun jauh di G4z4, H4m4s sentiasa menjadikan Malaysia khasnya Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai saudara yang boleh dipercayai untuk membawa suara rakyat Palestine ke persada dunia. Keakraban Anwar-Haniy3h sudah disaksikan secara nyata di pentas dunia.


Ketika lawatan rasmi tiga hari ke Doha, Qatar pada pertengahan Mei lalu PMX  sedar risiko mengunjungi Almarhum Haniy3h dan pimpinan H4m4s secara terbuka, tetapi secara tegas mengambil pendekatan dan pendirian secara bebas menyokong kemerdekaan Pal3stin3. Sebagai menghormati tuan rumah juga PMX telah bertindak bijak mendapatkan nasihat Emir Qatar dan Perdana Menteri Qatar sebelum mengunjungi Almarhum.


https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/05/1247064/ramai-resah-anwar-bertemu-hamas-di-doha-ini-penjelasan-pm


“Anda tidak perlu memberitahu saya siapa yang patut atau tidak patut saya temui," kata Anwar pada sesi soal jawab yang diadakan oleh Bloomberg News mengenai sama ada pertemuan itu akan mengecewakan Washington (kerana ia berlaku selang beberapa hari selepas Jabatan Perbendaharaan AS menghantar para pegawainya ke Malaysia bagi membincangkan dakwaan wujud pembiayaan keganasan dari negara ini).


https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/663643


Sejak 7 Okt tahun lepas, PMX juga secara konsisten menolak tekanan AS untuk melabelkan H4m4s sebagai kumpulan pengganas dengan mengatakan bahawa kerajaannya tidak akan tunduk kepada sebarang paksaan.


“Mengapa saya berjumpa dengan Ismail Haniyeh dan [mantan pengerusi Hamas] Khaled Mashal …[Ia] adalah untuk memahami daripada mereka mengenai perkembangan terkini [di G4z4]…[untuk] menyatakan simpati saya terutama mengenai pembunuhan kanak-kanak dan meminta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku,” kata PMX  di Forum Ekonomi Qatar, merujuk kepada insiden ribuan kanak-kanak Palestin yang terbunuh dalam serangan oleh Israel.


Sepatutnya tokoh-tokoh yang mengaku membawa inspirasi pembebasan Pal3stin3 di negara ini berganding bahu dengan Kerajaan Madani pimpinan PMX pada masa ini. Inilah satu kepimpinan yang benar-benar serius dan berani menyatakan sokongan kepada Pal3stin3. Mereka yang telah menggesa boikot seharusnya berasa malu dengan kempen itu, dan sewajarnya sedar bahawa tidak selalunya kempen dan gesaan mereka akan disambut dan disokong oleh pengikut-pengikut yang semakin sedar dan celik mata.


HIDUP PAL3STIN3.

VIVA PAL3STIN4.



No comments: