BERITA BAIK! PENJAWAT AWAM SIAP SEDIA!MAKIN TAKUTLAH GENG PEMFITNAH LEPA...



Penjawat awam boleh menyemak dan mengetahui kadar baharu gaji pada minggu depan susulan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diperkenalkan kerajaan. Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Mohd Shaiful Ibrahim berkata perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam itu akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos ini. "Pada MAPPA 16 Ogos ini, kita sediakan perkhidmatan kalau hendak kira berapa kenaikan akan berlaku pada gaji kita. "Ada kalkulator (untuk kira) berapa gaji kita. Pada 1 Dis akan berlaku kenaikan gaji dan hujung bulan (Disember) penjawat awam akan terima kadar gaji yang baharu," katanya semasa menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV di sini hari ini. MAPPA-ke19 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 8 pagi.




No comments: