BUANGLAH NIAT NAK JATUHKAN NASSARUDDIN


MSO


Selama lebih 40 jam berada di Kelantan, Jumaat dan Ahad, dalam rangka mengambil angin dan seronok sebab PM turun ke negeri itu, saya menemui beberapa maklumat politik yang belum terlatas ke Kuala Lumpur. 


Sebenarnya bukan kerja saya untuk mencari apa-apa maklumat politik dalaman baik dalam kerajaan maupun parti yang sedang menguasai negeri itu.


Sejujurnya sejak kematian Tokguruku Nik Aziz saya tidak sekerap dahulu balik ke Kelantan, kerana kawan, sahabat, guru dan lawan politik saya sudah tiada. Kalau pun balik disebabkan ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Kalau balik nak menyiasat apa-apa gerakan politik tidak lagi. 


Sebenarnya juga saya sudah tidak berminat lagi dengan politik Kelantan, tentang pergaduhan dan serang menyerang pembangkang dengan kerajaan. Baik yang jadi kerajaan dan jadi pembangkang adalah kekawan saya belaka. 


Trend politik cuba dibawa oleh PM Anwar Ibrahim membina hubungan baik dan meredakan suhu politik Kelantan (Melayu sama Melayu), baik dan perlu disokong. Trend itu menjadikan saya tidak perlu gaduh sangat. Ketika ini saat untuk majukan Kelantan dan mengseimbangankan pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Barat. Sepatutnya orang Kelantan mengambil kesempatan atas keberadaan Anwar kini. 


Alhamdulilah hasrat itu nampaknya nyata dan akan menjadi kenyataan. Kalau pun ada sedikit gelora dan gerak politik di Kelantan apabila Pas menerima seorang mualaf tanpa meninjau dari mana keturunan dan asal usulnya, dan juga seakan tidak kaji apakah kesan kemunculan mualaf berkenaan. Orang Pas yang taksud dengan mualaf itu perlu tahu akan chemestry dia dengan Anwar Ibrahim dan dengan bekas bossnya, presiden Umno. 


Bagi saya dia tidak seikhlas yang dipertuturkan melainkan mahu peralatkan Pas untuk dia mencapai tujuannya. 


Biarlah, saya tidak nak ulas soal mualaf yang mahu jadi lebih Pas daripada orang Pas. Saya percaya akhirnya orang Pas akan mengerti dan sedar juga permainan "ular senduk dalam bakul" oleh mualaf itu. 


Apa yang saya nak singgung jelang Maghrib ini ialah tentang khabar yang tidak berapa baik sedang berkumandang sekarang ini. Ia masih lagi belum melarat tetapi sudah dapat dihidu. Kota Darul Naim ada sedikit goncangan.


Apa yang saya maksud itu ialah ada gerakan hendak jatuhkan Nassaruddin Daud sebagai MB. Untuk petang ini saya tidak mahu gunakan konotasi "gerakan", tetapi ada rancangan "niat" ke arah itu.


Kenapa jadi begitu, Nassaruddin baru jadi MB belum ada apa-apa kesalahan pun kecuali salah cakap macam Zahid Hamidi lakukan semalam. Bagi saya tidak perlu ada niat ke arah itu, berikan peluang dan sokongan kepada beliau sepenuhnya.


Seperti saya katakan pendekatan politik yang diambil oleh MB itu dengan Kuala Lumpur sesuatu yang baik. Anwar juga nampak selesa dengan MB itu. Ini boleh disaksikan dalam pertemuan dan perjumpaan mereka.


Jadi, disini saya seru kepada kumpulan yang memasang niat untuk jatuhkan Nassaruddin itu. Tunggu dahulu, dan berfikir biar panjang sikit. Terimalah takdir yang terjadi dan jangan bersikap salahkan ibu yang mengadung. Tunggu cerita selanjutnya. Trims.