TAK PERNAH TEGUR KALAU KENA KE PAS.

 

RMS


UAI cakap tak apa baca Qunut Nazilah pada sesama orang Islam, pasal tu aku label UAI tunggang agama.


Daripada nas dan pernyataan ulama, doa Qunut Nazilah ini dibacakan ke atas golongan kafir dan murtad yang diperangi oleh orang Islam serta pada musibah besar yang menimpa mereka. 


Selain daripada itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak sepertimana situasi yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA. 


Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri.


Oleh itu, perbuatan membaca doa qunut nazilah ke atas orang Islam, tidak kira ia menjadi musuh atau lawan sesama umat Islam, adalah tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan. 


Apatah lagi jika hanya melibatkan perselisihan faham dan pandangan yang biasa dalam politik dan seumpamanya. 


Hal ini seharusnya dielakkan kerana ia akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan yang ekstrim dan melampau dalam agama.


Video tak boleh upload kerana akan dipadamkan META atas copyright.



No comments: