Lagi kes UPNM selepas Zulfarhan!


 Tengku Daeng Masatwa. 


Lagi kes UPNM selepas Zulfarhan!






'Dia disahkan mati lemas, sedangkan dia dipukul sampai cedera organ dalaman' - Kes buli kedua berlaku selepas kes Zulfarhan?

Minggu lalu, mahkamah memerintah 18 penuntut. UPNM membela diri dalam kes kematian

Allahyarham Zulfarhan Osman yang dipercayai didera dengan kejam sebelum meninggal dunia.

Keputusan mahkamah itu membuatkan ramai

pihak berasa lega termasuk ibu bapa dan ahli keluarga mangsa di mana suspek yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu, timbul pula kes seorang lagi penuntut UPNM. Amirul Nashriq Othman, 19, yang dipercayai juga didera oleh lapan penuntut UPNM.

"Bukan satu kes, anak kawan aku pun meninggal di sana. Kena buli di UNM, dah tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Budak-budak yang buli bawa mangsa kelvar dari kawasan UPNM, bawa pergi berkelah.

Kemudian (selepas kejadian mangsa) disahkan

mati lemas sedangkan mangsa dipukul sampai 


mati lemas sedangkan mangsa dipukul sampai cedera organ dalaman.

"Kes ini berlaku selepas kes Zulfarhan ni. Tak sampai dua tahun kes ni. Wakil UPNM datang hantar alatan peribadi anak kawan pun, ada yang cukup dan bukan kepunyaan arwah.

"UPNM tak jawab apa pun berkenaan kes kematian itu," kata sumber.

Berdasarkan laporan Berita Harian pada 29 Mei

2018, bapa mangsa, Othman Yusof, 52, mendakwa ananya didera sebelum meninggal dunia berikutan terdapat kecederaan di badan anaknya.

Othman turut membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis dan laporan bedah siasat ananya.

"Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.

"Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas. 


Sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat menghantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior.

"Anak saya sebelum ini menunjukkan gambar lebam di dada, dia kata kena pukul di bahagian ulu hati hingga senak bersama seorang lagi rakannya.

"Kami suruh beliau balik ke kampung, namun apa yang peliknya dua hari kemudian, arwah bersama rakan lain ke kawasan air terjundan meninggal dunia akibat lemas.

Difahamkan, Amirul pergi ke Air Terjun Chamang bersama tujuh rakannya daripada universiti sama.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis, berkata, siasatan mendapati mangsa lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun itu.

Ketika mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian dengan rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi tidak berjaya. 


Sementara itu, kakak mangsa, Norzulaikha Othman, turut berkongsi mengenai kronologi kejadian itu.


"SUDAH BUAT LAPORAN POLIS NAMUN TIADA TINDAKAN LANJUT”







No comments: