PERMAINAN NARATIF

 Dapat mesej ni..hmm sedih betul nak jawab pun, apatah lagi bila yang tulis ni golongan P&P..



Tapi tak jawab, rasanya naratif begini akan dimainkan untuk terus membodohkan sesetengah pihak.


Jadi saya jawab sedikit agar mana-mana pihak yang perlukan jawapan, boleh dapat jawapan.


1. Mesej sebegini sebenarnya paling malas saya nak jawab, sebab? Sebab dia ada beberapa isu dalam satu penulisan.


2. Isu pertama. Isu kedai judi di Kedah. Isunya adalah mahkamah batalkan arahan pengharaman judi oleh Kerajaan Kedah.


Wajib lah kita faham bahawa kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa antara Eksekutif(Kabinet), Parlimen dan Mahkamah. 


Setiap orang boleh bawak isu yang mereka rasa tak adil ke mahkamah untuk diadili. Dalam hal ini syarikat judi di Kedah rasakan tindakan Kerajaan Kedah tidak adil kerana negeri Kedah turut didiami kaum-kaum lain.


Keputusan mahkamah adalah bebas dan sepatutnya dilihat bebas melainkan ada bukti-bukti sebaliknya.


Berkaitan kes judi ini, keputusan mahkamah tersebut disambut baik oleh Gerakan, malah Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong mahu Kerajaan Kedah menghormati keputusan tersebut.


https://m.malaysiakini.com/news/711481


3. Isu normalisasi Isr@el? Isu apa Blackrock?

Rasanya isu ni dah banyak kali di jelaskan. Bahawa isu ini bersifat selektif oleh yang bawa isu ini, dan penjualan saham MAHB bagi tujuan pelaburan dan kerjasama adalah dengan GIP..bukan Blackrock secara langsung. 


Yang normalisasi isr@el ialah PN. Zaman PN kapal terbang isr@el boleh lalu ruang udara Malaysia. 


https://www.sinarharian.com.my/article/141184/berita/nasional/pesawat-syarikat-israel-dapat-kelulusan-lalu-ruang-udara-malaysia


Malah calon PN menjadi peguambela untuk pengintip Isr@el yang datang untuk membunvh di Malaysia. 


https://harapandaily.com/2024/06/29/bekas-calon-pn-peguam-baharu-lelaki-israel-miliki-ratusan-peluru-enam-pistol/


Jadi sebenarnya undi PN lah akan normalisasi kan isr@el, bukan PH.


4. Undi PH Menteri luar akan jadi Non muslim dan akan iktiraf isr@el. 


Ini satu sangkaan jahat dan fitnah sebenarnya. 


Menteri luar zaman Madani dah dua orang, keduanya adalah Muslim.


Tak kira siapa Menteri luar..yang nak iktiraf sesebuah negara itu adalah Kerajaan, bukan Menteri. 


Malaysia memang sangat sensitif bab isr@el ni. Tapi negara Arab, Turkiye dll masih ada hubungan diplomatik dengan Isr@el atas pelbagai alasan. Malah mereka pernah berperang pun.


Bodoh sangat PH nak iktiraf isr@el. Malah Anwar Ibrahim ni Yasser Arafat iktiraf sebagai anak Palestine. 


https://umnoputrajaya.com.my/2023/10/20/perjuangan-anwar-ibrahim-untuk-palestin/


Apa yang Anwar buat untuk Palestine jauh mengatasi mana-mana pemimpin lain. Pejuang Palestine seperti H@m@s juga mengiktiraf Anwar, dan ini bukan rahsia.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1246670/anwar-bertemu-pemimpin-hamas-di-qatar-ulangi-komitmen-malaysia


Kesimpulan 

Saya menyeru untuk setiap rakyat supaya menggunakan akal dengan menyelidik dan membuat semakan terhadap sesuatu isu.


Biarlah kita jadi rakyat yang cerdik dan matang.


Jangan normalisasikan fitnah. Kerana fitnah akan merosak dan menghancurkan negara.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka



No comments: