APA ITU GDP


Nazri Hamdan


 Baru-baru ni keluar carta ni merata. Korang tau tak apa maksud ni?



Saya akan terang dua perkara di sini


Pertama; apa maksud debt to GDP percentage


Kedua; kenapa angka ni boleh turun naik.


GDP dalam bahasa mudah. Saya bagi contoh Ali. Dia ada syarikat ABC Sdn Bhd. Dalam setahun, sales ialah RM 1 juta.


Tapi RM 1 juta ni bukan income Ali. Ia adalah sales. Gaji yang Ali ambil setahun cuma RM 100k.


Pada masa yang sama, ABC Sdn Bhd ada hutang. Total ialah RM 500 ribu setahun.


Jadi, debt sales ratio bagi ABC ialah 0.5.


Sales bagi ABC ni kita boleh umpama GDP bagi negara. Income kerajaan setahun sekitar RM 300 billion sahaja. Tapi GDP ialah lebih RM 1 trillion.


Kenapakah sales penting bagi ABC Sdn Bhd? Sebab kalau sales naik, Ali boleh naikkan gaji dia dan kedua, kemampuan ABC untuk membayar hutang akan jadi lebih tinggi.


Part kedua pula, kenapa debt to GDP percentage ni boleh naik dan turun?


Balik kepada contoh ABC Sdn Bhd tadi, debt to sales ratio ni boleh berubah jika:


1. Hutang kekal pada RM 500k tapi sales turun


2. Sales naik dan hutang naik. Tapi hutang naik lebih tinggi kadar dia dari sales.


3. Sales drop dan hutang drop. Tapi kadar kejatuhan dalam sales lebih tinggi dari kejatuhan dalam hutang.


Dalam kes kerajaan, kenapa debt to GDP percentage melonjak pada tahun 2020? Sebab pada masa itu GDP jatuh tapi hutang naik. 


Memandangkan kerajaan pada masa itu terpaksa berbelanja besar untuk keluarkan Malaysia dari kemelesetan ekonomi.


Kenapa pada 2023 percentage ini naik balik?


Sebab pada masa ni kerajaan membelanjakan banyak wang untuk pembangunan (development financing) di bawah RMK-12. 


Antara projek pembangunan ialah flood mitigation programme, Central Spine Road and Pan Borneo Sabah and Sarawak highways, RTS JB-Singapore.


Harap maklum.



No comments: