SUSU SEGAR ELAK KANSER USUS BESAR




Kajian yang dilakukan di 5 negara melibatkan 4992 individu didiagnosis dengan kanser usus besar mendapati individu yang meminum lebih daripada segelas susu (lebih 250 g sehari) menunjukkan penurunan perkembangan kanser usus besar sebanyak 15% berbanding dengan mereka yang meminum kurang daripada 70 g sehari. 


Meminum 4 gelas susu setiap hari, memberi perlindungan paling tinggi bagi pesakit kanser. 


Hasil kajian juga menunjukkan susu boleh mengurangkan risiko kanser usus di kalangan lelaki dan wanita.


Beberapa ujian klinikal juga melaporkan penurunan pertumbuhan sel kanser dubur jika meminum susu. 


Terdapat juga kajian menunjukkan pengurangan risiko kanser usus besar sebanyak 12% dengan setiap peningkatan 500 mL susu yang diminum.


Casein adalah bahan berkhasiat yang bertindak antikanser. 


Bahan ini membentuk hampir 80% protein dalam susu lembu.


Casein boleh melindungi usus besar daripada terkena kanser dengan menghalang enzim yang dihasilkan oleh bakteria usus. 


Selain itu, bahan ini memberikan kesan yang baik ke atas sistem imun. 


Susu yang dimaksudkan di sini adalah susu segar dan bukannya susu tepung atau susu 'full cream' 


Kajian menunjukkan bahan berkhasiat casein akan berkurang jika susu diproses pada suhu tinggi. 


Suhu tinggi biasanya diperlukan dalam proses pembuatan susu tepung. 


Ini bermakna susu segar lebih bagus berbanding susu tepung


Dr Suri Roowi Ph.D KMN 

Principal Scientist


Foto: Parents