SIDANG MEDIA! MP BUKIT GANTANG! KEPUTUSAN TERKINI HABIS LAH BERSATU!





Enam Ahli Parlimen Bersatu yang cuba disingkirkan parti itu berkata mereka kini merupakan ahli parlimen bebas, dakwa salah seorang ahli parlimen berkenaan.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendakwa ini kerana mereka dipecat daripada parti itu, oleh itu mereka boleh mengekalkan kerusi masing-masing.
Dalam satu kenyataan hari ini, Syed Abu Hussin berkata mereka telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul untuk menjelaskan kedudukan mereka. "Kami percaya beliau akan menggunakan sepenuh kebijaksanaan untuk membuat keputusan (Ruling) bahawa notis yang dihantar oleh Parti Bbersatu itu telah mengesahkan bahawa kami telah dipecat secara rasmi dan kini menjadi Ahli Dewan Rakyat bebas serta tindakan Parti Bersatu memecat saya itu tidak menghentikan kedudukan saya selaku Ahli Dewan Rakyat yang mewajarkan saya untuk mengosongkan kerusi," katanya.



No comments: