MURID 10A HARUS DIBERI TEMPAT


Nazri Hamdan


 Jom kita twist keadaan ni sikit. Kalaulah pelajar non bumi dapat 10A dan dia tak dapat tempat di matrikulasi, adalah adil?


Dah tentu mesti akan ada non bumi yang cakap tak adil. 


So kalau kita persoal berapa ramai non bumi ambil 10 subjek, so maksudnya lepas ni, kalau nak dijamin masuk matrikulasi memang tak ada pilihan maka kenalah ambil 10 subjek. 


Daripada kita persoal berapa ramai non bumi yang tak ambil 10 subjek, lebih baik kita fokus kepada memastikan yang dapat 10 A ni tak terlepas dari masuk matrikulasi tak kira bangsa.



Sama seperti graduan first class diberikan pelepasan bayar balik PTPN. Cuba teka, antara bumi dan non bumi, siapa yang paling ramai berjaya lulus cemerlang dan convert PTPTN kepada biasiswa meskipun kita tahu di universiti awam ada kuota bumi.


So kalau graduan bumi nak dapat pelepasan ni, no choice kenalah dapatkan first class.


So the idea is to reward the best. Saya tak ada masalah pasal benda ni. Apakah yang akan berlaku kepada kuota bumi matrikulasi kalau makin ramai non bumi yang dapat 10A? Itu kita kena tunggu dan lihat.


Tapi keutamaannya, yang terbaik mesti diberikan reward. Sebab kalau tak bagi reward kepada non bumi yang dapat 10 As, in the long run kita akan kehilangan talent yang bagus. Mereka akan rasa patut berhijrah ke negara lain. Kita akan rugi.