GURAUAN YANG PEDIH

 



GURAUAN YANG PEDIH

MSO

Pandai juga TPM Fadillah Yusuff bercanda dengan wartawan yang mesejnya direct tuju kepada pembangkang. Semasa ditanya wartawan bila peruntukan untuk wakil pembangkang akan disalurkan, beliau jawab tunggu dia lari dahulu.


Jawaban itu ada dua makna, pertama dia sindir seorang wakil rakyat yang berlari sejauh 200 km kerana tuntut peruntukan di kawasannya, kedua ia holeh difahami mana mana wakil yang inginkan peruntukan perlulah berlari sejauh 200 km.


Mesej kedua itu penat sikit lah kerana tidak semua wakil pembangkang mampu berbuat demikian. Bayangkan kalau wakil dari Marang diminta berbuat demikian rasanya tujuh tahun tujuh bulan tujuh hari pun beliau tidak mampu menamatkan larian.


Sungguh kejam gurauan TPM kedua itu, maka saya cadangkan kepada mana mana wakil rakyat yang terliur peruntukkan buatlah kenyataan sokongan kepada PM. Tidak perlu berpenat lelah lari 200km atau menangih empakti, duit pula dapat. 

Tiru enam orang kawan anda yang bijak itu. Trims.