Alhamdulillah, 29 Jun 2024 selamat berlangsung majlis Peluncuran Projek Transformasi AMANAH (ProAMANAH) yang disempurnakan oleh Presiden AMANAH, YB Datuk Seri Mohamad Sabu.
ProAMANAH adalah satu perancangan jangka sederhana Parti Amanah Negara bagi melonjakkan parti ke satu tahap yang lebih baik.
Empat fokus utama projek ini adalah pertamanya pemupukan nilai bersama di kalangan ahli AMANAH bagi membentuk kesatuan dan kebersamaan yang lebih teguh.
Kedua, mengukuhkan organisasi AMANAH secara pengembangan cawangan dan keberkesanan pengurusan kawasan, meningkatkan kompetensi penggerak parti, merancang kepimpinan pelapis, mengatur kesiapsiagaan pilihanraya, meningkatkan pengurusan kewangan yang lebih baik dan adaptasi teknologi.
Ketiga, mengukuhkan jenama politik AMANAH sebagai gerakan politik yang membawa agenda Rahmat Untuk Semua, dengan nilai Islam yang moderat, progresif dan centris. Seterusnya memperluaskan sokongan dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap AMANAH.
Keempat, menggerakkan usaha mendekatkan AMANAH dengan masyarakat dan rakyat Malaysia di seluruh negara melalui aktiviti kemasyarakatan dan khidmat kebajikan.
Program-program ini akan digerakkan oleh seluruh organisasi AMANAH sebagai usaha bersama untuk membina AMANAH sebagai parti pilihan utama rakyat Malaysia di masa hadapan. Insha Allah.