Zamri Zainal Abidin
Wayang politik
Apabila PMX Anwar Ibrahim sebut 'tak usah main wayang politik' dalam isu pembelian saham MAHB, ramai juga yang memperli beliau. Hakikatnya beliau amat tahu situasi sebenar pemilikan, pegangan saham dan pelaburan BlackRock bukan perkara baharu di Malaysia. Aktiviti ini sudah berakar umbi sejak pentadbiran Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelum ini.
Usah juga berjustifikasi aktiviti ini sebelum genosid atau selepas genosid Israel ke atas Palestin kerana krisis bumi Syam itu tidak pernah selesai sejak 1948.
Hendak tahu benar atau tidak ulasan PMX jika ditarik balik pelaburan BlackRock dari Malaysia akan melumpuhkan ekonomi Malaysia, maka cermatilah info grafik-info grafik di bawah.