𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗤𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗛



 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗦𝗨𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗠𝗔𝗜𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗤𝗜𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗛


Hanya puak KHAWARIJ shj yg suka mempermainkan aqidah Muslim yg lain. Puak KHAWARIJ memg suka seret persoalan perbezaan Ideologi politik, perbezaan pendapat dlm politik siasah ke persoalan aqidah. #IslamTakAjar perkara macam tu.


Dasar PNunggang Agama. Isu IJTIHAD politik shj pun diseret sehingga persoalan aqidah lalu Muslim pun dikafirkan mereka.


Masalah dgn puak KHAWARIJ ni sebab walaun & untit BUKAN FAHAM pun dgn ADABUL IKTILAFIL ISLAM.


-Zus Din

24062024


News link : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/06/23/pilihan-raya-bukan-tempat-tentukan-akidah-pengundi-kata-saifuddin/

********


Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi, kata Saifuddin


23 Jun 2024


NIBONG TEBAL: Pilihan raya bukan tempat menentukan akidah pengundi, sebaliknya harus menjadi medan parti politik menerangkan rancangan dan agenda diatur untuk rakyat sekiranya memenangi kerusi.


Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.


”Kempen pilihan raya bermaksud kedua-dua pihak yang berlawan bercerita (berkongsi) tentang dasar, rancangan, agenda mereka apabila mendapat kuasa memerintah dan bagaimana usaha untuk menolong rakyat.


“Pilihan raya bukan tempat untuk kita katakan bahawa ‘pilih kami maka hang orang Islam dan jika tidak pilih kami, hang bukan saudara kami lagi’. Itu tidak boleh, ini bukan urusan menentukan akidah pemilih tetapi adalah soal untuk menguruskan negara,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ceramah Perpaduan yang julung kali diadakan sempena PRK Sungai Bakap di Taman Widuri, Sungai Jawi, malam tadi.


Turut hadir, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Pengarah Strategik Amanah Dzulkefly Ahmad, Ahli Majlis Tertinggi Umno Zambry Kadir, dan calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin.


Menteri dalam negeri itu turut berkata, dalam PRK kali ini, masyarakat di Sungai Bakap bertuah kerana ditawarkan seorang calon mempunyai kelulusan ‘mengaji’ (akademik) yang cemerlang.


“Nak jadi pemimpin negeri, kena ada sifat pemimpin yang kuat dan amanah, jadi sebaiknya angkat beliau (Joohari) untuk jadi wakil rakyat di sini (Sungai Bakap).


“…insya-Allah banyak kelebihan kalau orang Sungai Bakap memilih calon kerajaan perpaduan kerana di peringkat kerajaan negeri, ramai exco boleh bantu pelbagai urusan, begitu juga di peringkat persekutuan,” katanya.


Sementara itu, Mohamad meminta agar ‘rakan-rakan lama’ dari Barisan Nasional (BN) menyokong calon kerajaan perpaduan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.


“Saya dulu bersama BN. BN kerja kuat, kalau semua undi calon kita dalam kerajaan perpaduan, kita yakin boleh menang walaupun terdapat banyak isu perkauman dimainkan oleh pihak lawan,” katanya.


PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dengan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.




No comments: