KENAPA PERLU MINUM AIR PANGSA SELEPAS MAKAN DURIAN ?


Antara Petua dan Realiti Saintifik !




Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.


Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian kulit dan ari buah (bahagian putih) adalah yang paling tinggi khasiat.


Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.


Kulit durian juga kaya dengan enzim semulajadi contohnya polygalacturonase


Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. 


Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.


Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan dan boleh elakkan perut rasa tidak selesa selepas makan durian.


Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan, dikeringkan, dijadikan serbuk/teh dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum.


Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan. Selamat menikmati durian, nikmat anugerah dari Allah. Alhamdulillah


#DrSuriRoowi Ph.D KMN

Principal Scientist

Foto: deposit photo



No comments: