TAZKIRAH RAMADAN BEBERAPA KEKELIRUAN YANG PERLU DIPERBETULKAN.


Che Ibrahim


Sebenarnya banyak kekeliruan amalan syariah yang berlaku dalam masyarakat akibat salahfaham atau sekadar ikut ikut apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu, antaranya ialah:

1. Ziarah kubor pada hari raya.

Pada dasarnya ziarah kubor adalah sunnah yang digalakkan, namun ianya tidak terikat dengan masa atau hari tertentu.

Amalan ziarah kubor pada hariraya bukan antara perkara perkara yang sunat dilakukan pada hariraya, tetapi hanya sebagai satu kebiasaan, bahkan jika tidak dibendung, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan salahfaham di sudut hukum, tetapi boleh menyebabkan masa yang sepatutnya untuk berhariraya, telah dihabiskan kepada perkara yang tidak dituntut dilakukan pada hariraya. 

2. Sujud Tilawah ketika solat Suboh pagi jumaat.

Di segi hukum, tidak disunatkan sujud sajadah/tilawah ketika solat suboh pagi jumaat, tetapi kita disunatkan sujud tilawah/sajadah apabila membaca ayat ayat yang disunatkan sujud sajadah/tilawah. 

Maknanya sujud sajadah/tilawah disunatkan bukan kerana solat suboh pagi jumaat, tetapi kerana ketika solat suboh pada pagi jumaat itu, antara surah surah yang dibaca oleh Rasulullah saw ialah Surah Al Sajadah yang di dalamnya ada ayat yang disunatkan kita sujud sajadah(bahkan kalau ayat tersebut dibaca bukan dalam suboh pagi jumaat pun, kita disunatkan sujud tilawah).

Ada qaul dari mazhab al shafiiyyah (imam al Ramly kalau tak Salah ingatan ambo) berkata adalah batal solat tersebut kalau dia niat nak sujud sajadah kerana solat suboh pagi jumaat, bukan kerana baca ayat sajadah.

3. Membaca Surah Yasin malam jumaat.

Membaca surah Yasin adalah baik dan memang disuruh, tetapi kalau baca surah Yasin kerana malam tu malam jumaat, maka perbuatan itu لا أصل له @ tidak ada dalilnya atau sumber hukum yang mengatakan disunatkan baca surah Yasin pada malam jumaat. 

p/s ambo bukan wahabi


No comments: