Simpanan Hari Tua


 Simpanan Hari Tua




Mulai 11 Mei 2024 KWSP akan ada 3 akaun dan dari akaun 3 (akaun fleksibel) anda boleh mengeluarkan wang. 


Nasihat saya ialah jangan usik simpanan KWSP anda kerana ianya adalah untuk simpanan masa depan. 


Saya tahu nasihat saya ini akan diabaikan. 


Beberapa hari lepas saya berjumpa dengan seorang kenalan lama. 


Amran (bukan nama sebenar) baru berumur 40'an adalah seorang bankrap kerana tidak mampu membayar hutang kad kredit RM100,000. 


Tiga tahun lepas harta pusaka famili dapat dijual dan beliau mendapat RM350,000. 


Beliau berjumpa saya kerana ingin meminjam RM20,000 bertujuan satu perniagaan kecil. 


"Apa jadi dengan duit RM350,000 tu" tanya saya. 


"Dah tiga tahun tentunya habis" beliau jawab selamba. 


"Amran, maknanya awak joli RM100,000 setahun begitu sahaja. Duit tu habis bayar hutang bank ke? " tanya saya lagi. 


"Tak bayar hutang pun, belanja sahaja" kata beliau relax. 


Amran joli RM350,000 dalam masa 3 tahun dan sekarang satu sen pun tiada dalam simpanan. Sekarang beliau berhajat meminjam RM20,000 dari saya. 


Akhirnya saya tolak permintaan beliau dengan baik kerana saya tak konfiden beliau boleh mengurus kewangan diri, apatah lagi pengurusan kewangan perniagaan. 


Amma ba'du. 


Semasa saya bersara optional dari Kerajaan setelah berkhidmat 30 tahun, duit gratuiti yang diterima 'selepuk', saya dapat gandakan dengan pelaburan yang baik. 


Jika Amran bijak, RM350,000 dapat menjadi RM1 juta dalam 3 tahun jika beliau pandai mengurus kewangan. 


Ramai dari kita tidak belajar financial management dari muda. 


Ramai dari kita juga kaki boros dan tidak pandai menyimpan duit. 


Kepada semua rakan-rakan, saya nasihatkan anda jangan keluarkan simpanan KWSP anda. 


Simpan duit di situ dan biarkan KWSP laburkan duit anda. 


Jikalau anda kata 'esok saya mati macam mana. Biar saya joli sekarang?'  


Itu saya tiada jawapan kerana Allah sahaja yang mengetahui. Tentunya waris anda akan untung. 


Soalan saya, kalau anda tak mati dan dianugerah baraqah umur sehingga 70 tahun bagaimana? 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar 


Kible Mosque Rize Turkey.