ANTARA TANGGUNGJAWAB SUAMI/ISTERI DAN KERUKUNAN RUMAHTANGGA


Che Ibrahim




Poster ni kerap sangat melintas kok depan rumah ambo, mari terlintas sero nak ulas etek.... 


Tujuan asas rumahtangga ialah memenuhi naluri kemanusiaan kedua dua pasangan. Dalam surah Al Ruum ayat 21, Allah swt berfirman:


ومن ٱياته أن خلق لكم من انفسكم أزواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة....


"Antara tanda tanda kebesaran Allah ialah Dia (yakni Allah) menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup tenang bersamanya, dan Allah menjadikan antara pasangan kamu itu perasaan mawaddah dan rahmah... "


Maknanya tujuan asas perkahwinan ialah menghalalkan kamu hidup berpasangan kerana sememangnya kamu saling perlu memerlukan. Bagi menjaga kerukunan rumahtangga ini, lalu Allah anugerahkan ke dalam hati hati pasangan tersebut perasaan mahabbah dan rahmah. 


Adapun bagaimana pasangan tersebut ingin mencapai kerukunan hidup berumahtangga, beranak pinak, mencari dan memiliki harta untuk memenuhi keperluan hidup seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, zuriat yang menyejukkan mata dan lain lainnya, terserahlah kepada pasangan tersebut untuk menentukannya berasaskan sifat mawaddah dan rahmah yang Allah anugerahkan kepada mereka. 


Kegagalan pasangan tersebut beramal dengan sifat mawaddah dan rahmah yang Allah anugerahkan itu, boleh menyebabkan rumahtangga mereka porak peranda dan rahsia Allah menjadikan setiap manusia itu ada pasangan hidupnya (dipanggil jodoh) tidak kecapaian. 


Adapun apa tugas suami dan apa peranan isteri, sikap mawaddah dan rahmah yang mereka miliki inilah akan melahirkan satu kebijaksanaan dalam membahagikan tugas dan tanggungjawab kepada pasangan hidup mereka masing masing. 


Kalau mereka bahagia dan kerukunan rumahtangga serta keluarga yang sempurna dapat dicapai dengan agihan tugas tersebut, maka silaka. Namun jika kerukunan rumahtangga dan tujuan perkahwinan bercelaru, maka ubahsuailah pembahagian tugas dan tanggungjawab masing masing. 


Jika pasangan merasa bahagia dengan makanan, pakaian diurus sendiri secara peribadi silakan, jika pasangan ingin bermesra, memasak untuk suami, suap nasi untuk isteri, silakan, tidak ada nas yang suruh dan tidak ada nas yang larang



No comments: