JANGAN MENIPU ZAMAN INTERNET.

 

Najib Bakar


Tak berbaloi tipu sijil zaman Internet ni. Tak kira la hampa dari geng mana.


Geng politik ka, geng penceramah motivasi ka, geng ustad ka, geng bisnes ka.


Kalau setakat SPM, tu, terus terang ja. Tiada apa yang nak dimalukan.


Dari hampa menipu, bila orang check lagi malu oi. La ni sat ja nak check.


Nak sijil pendidikan, belajar la betul-betul.


Kalau belum grad/viva, jangan la tulis dah ada Master/pHD sekian-sekian.


Baru daftar jadi pelajar pHD tak semestinya akan selesai boleh dapat pHD pun.


Malu kat orang yang betul-betul pulun belajar. Kita pulak senang-senang claim ada sijil sekian-sekian.



No comments: