IBADAT KORBAN PUN NAK MENIAGA ATAS ANGIN



Che Ibrahim. 


 Pernah ambo dijemput hadir sbg wakil penerima ibadat qurban oleh seseorang melalui sebuah ngo.... Lembunya kecik kecik, tak sepadan dengan harga lembu korban rm4000-rm5000 seekor, daging tak sampai 35 kg seekor lembu.....

Maknanya menipulasi ibadat korban boleh berlaku di semua peringkat... Penganjur majlis korban, pembekal lembu korban, wakil penerima yang tidak agihkan daging korban mengikut yang sepatutnya .....


Mohd Faisal Ismail Faizal


Saya nak bagi PERINGATAN !! kepada AJK masjid/surau yg nak mai beli lembu dengan kami.  


Kami tak sediakan 'duit habuan'  kepada AJK masjid surau yg buat pembelian lembu dengan kami . 


Ada wakil surau/masjid yg minta Rm 400 seekor sebagai 'habuan' duit poket dia kerana memilih kami sebagai pembekal lembu. Bayangkan kalau masjid beli 5 ekor, wakil masjid surau tu akan dapat 'untung atas angin' Rm 2000 !!.


Kamu AJK masjid surau adalah pemegang amanah kepada peserta ibadah korban.  Tolong jadi orang yang amanah !!!


Harga lembu kami memang lebih murah dari tempat lain sebab kami memang tak buat kerja kotor bagi duit  'recommend' kepada AJK masjid surau. 


Saya yakin ramai lagi AJK masjid dan surau yg telus dan amanah. Boleh terus berhubung dengan kami.  Mai tengok sendiri lembu, lembu besar besar, sangat berbaloi dengan harga. Mai pilih lembu, sapa cepat dia dapat dulu. 


Sekian. Hari ni paklong marah  😡.